Thursday, June 4, 2026

PAS terus sokong Kerajaan PN dan Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan terus mendukung Kerajaan Perikatan Nasional (PN) biarpun berhadapan dengan kemelut politik yang berlaku dalam kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam masa sama, menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di samping memberi tumpuan bagi menangani penularan wabak COVID-19 melalui startegi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedanag digerakkan oleh kerajaan.

“Sehubungan dengan itu, PAS akan terus komited untuk membantu rakyat yang terkesan dalam menghadapi keadaan yang sukar ini.

“Justeru diharapkan seluruh rakyat Malaysia bersabar dan memberikan kerjasama ke arah usaha menangani COVID-19,”katanya menerusi kenyataan media di sini.- Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan