32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hospital Baling, Langkawi perlukan kontena sejuk beku

Mesti Baca

DUA buah hospital di Kedah, iaitu Hospital Baling dan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, memerlukan kontena sejuk beku bagi menempatkan jenazah pesakit COVID-19.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, kemudahan itu diperlukan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku peningkatan ker kematian melibatkan pandemik ini di daerah berkenaan.

“Setakat ini kapasiti peti mayat di kedua-dua hospital berkenaan masih mampu menampung keperluan semasa. Bagaimanapun dengan peningkatan kes yang berlaku, kita perlu bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Bagaimanapun sudah ada pihak yang memberikan komitmen untuk membantu,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya menerima bantuan dana daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi mendapatkan kontena, yang mungkin diagihkan kepada hospital mengikut keperluan.

“Setakat ini, tiga buah hospital, iaitu Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini dan Hospital Kulim, masing-masing telah menerima satu kontena untuk tujuan berkenaan, yang disumbangkan oleh beberapa pihak,” katanya.

Advertisements

Dr Othman berkata, pihaknya bercadang untuk menambah kontena berkenaan bagi kegunaan HSB, berikutan berlakunya peningkatan kes kematian sejak kebelakangan ini.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan menambah bilangan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di tiga buah hospital iaitu HSB, HSAH dan Hospital Kulim untuk menampung keperluan pesakit kategori empat dan lima yang semakin meningkat.

“Pada masa ini, secara purata kadar penggunaan katil di ICU di hospital awam di seluruh negeri ini, setiap hari melebihi 90 katil, iaitu 96 katil.

“Ini kerana, kebanyakan pesakit yang dimasukkan ke ICU, berada dalam tempoh yang lama, sekitar 21 hari, sebelum dipindahkan ke wad biasa, menyebabkan katil di wad berkenaan sentiasa penuh,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan