27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Noraini letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO berkata, keputusan itu dibuat sebagai akur dengan keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi parti yang menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Bagaimanapun, beliau menzahirkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

“Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia.

“Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas.

“Semoga Allah S.W.T merahmati negara kita dan melindungi kita semua,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan