24.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Boleh makan dalam kedai di negeri Fasa 2 PPN – Muhyiddin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kerajaan membenarkan individu yang telah menerima dos lengkap vaksin untuk makan di kedai bagi neger-negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat mulai Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika dibandingkan dengan aktiviti sosial lain, aktiviti makan di kedai sememangnya mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Menurut beliau, pelitup muka akan dibuka ketika makan dan juga ketika berbual dengan teman semeja sekali gus mendedahkan individu tersebut kepada jangkitan COVID-19.

“Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai untuk dine-in apabila perlu sahaja dan tidak meluangkan masa yang terlalu lama.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk take-away jika situasi mengizinkan. Pilihlah premis yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan terbuka,” katanya ketika mengumumkan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap secara langsung, hari ini.

Muhyiddin turut menyarankan kepada pengusaha-pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik.

“Kita faham bahawa risiko penyebaran virus COVID-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar,” jelasnya.

Beliau menambah, pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk makan mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Baca juga:   Buka sidang Parlimen bukti kerajaan bersikap terbuka
Baca juga:   Noraini letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi

“Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP yang ketat,” katanya.

Perdana Menteri turut mengumumkan, aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan di kawasan terbuka adalah dibenarkan.

Beliau memberitahu, aktiviti itu dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Muhyiddin berkata, aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis rumah kelab adalah dibenarkan selaras dengan kebenaran makan di kedai.

Menurut beliau, pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Walau bagaimanapun, katanya, operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.

“Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

“Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan melibatkan homestay dan hotel.

“Pengusaha homestay dan hotel perlu pastikan mereka yang ingin memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap,” jelasnya.

Baca juga:   Muhyiddin ziarah Tun Rahah diiringi Najib
Baca juga:   Muhyiddin terima pelantikan, tolak sebarang imbuhan

Muhyiddin memberitahu, kemudahan-kemudahan sektor ekonomi sedang dibincang dan dipertimbangkan di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan beliau umumkan dalam waktu terdekat. – EDISI 9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan