32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Ahli Parlimen UMNO digesa patuh keputusan parti

Mesti Baca

CYBERJAYA – Semua ahli Parlimen dan kepimpinan UMNO digesa mematuhi dan mempertahankan sebarang keputusan parti selaras dengan garis panduan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO.

Seruan itu disampaikan oleh kesemua 13 Pengerusi Perhubungan UMNO negeri selepas mengadakan perbincangan hari ini.

Pada masa yang sama para pemimpin dan pendukung UMNO di semua peringkat cawangan dan bahagian turut digesa untuk terus bersatu, bersetia dan mendukung kepimpinan parti setiap masa.

“Meminta agar semua ahli-ahli parti terus istiqomah berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli UMNO,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu mewakili semua Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri diketuai oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan).

Lain-lain Pengerusi Perhubungan UMNO negeri ialah Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Datuk Ir. Hasni Mohamad (Johor), Datuk Saarani Mohamad (Perak) dan Datuk Seri Azlan Man (Perlis).

Selain itu Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Kelantan), Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Datuk Seri Bung Moktar Radin (Sabah), Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang), Datuk Seri Jamil Khir Baharom(Kedah), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (Melaka), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Wilayah Persekutuan) dan Tan Sri Noh Omar (Selangor).

Seruan itu dipercayai berikutan pergolakan politik yang berlaku hari ini susulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hilang majoriti selepas 15 ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meletakkan jawatannya dan membubarkan Kabinet yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan