26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 24, 2021

UPSI kebanggaan dunia pendidikan negara – Noraini

Must Read

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pencapaian Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim, Perak yang bakal berusia 100 tahun pada 29 November 2022 menjadi kebanggaan dalam dunia pendidikan negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tersebut telah melahirkan ramai pendidik yang sangat berjasa kepada negara temasuk Datuk Aminuddin Baki dan Pendeta Za’ba.

Beliau juga sangat berbangga dengan pencapaian dan kejayaan UPSI sama ada di dalam atau luar negara dan percaya bahawa srategi merentas global yang dirancang akan memperkasakan imej UPSI.

“Hari ini, UPSI membina mencipta kemasyhuran sebagai institusi yang kukuh dalam bidang pendidikan demi memajukan sistem pendidikan negara.

“Tahniah kepada seluruh warga UPSI serta semua Anak Kandung Suluh Budiman SITC, MPSI dan IPSI yang melakar sejarah dan legasi sehingga 100 tahun.

Baca juga:   Kontroversi Ebit Lew-UPSI selesai, 2 bas bawa pulang pelajar

“Saya doakan semoga UPSI terus cemerlang dan mengukir pelbagai kejayaan manis mewajahi dunia pendidikan di peringkat negara dan antarabangsa,” katanya ketika melancarkan Logo 100 Tahun UPSI dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia menerusi saluran TV1 hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Puan Sri Rohani Parkash Abdullah dalam rancangan yang sama berkata, sambutan 100 tahun itu memberi makna yang besar terhadap kegemilangan sejarah dan pencapaian yang dicipta oleh warga UPSI dan alumninya yang merentasi empat era yang mewarnai dunia pendidikan negara.

Baca juga:   DUN Sabah dibubarkan - Shafie
Rohani Parkash Abdullah menyampaikan ucapan ringkas sempena menjelang sambutan 100 Tahun UPSI dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1 hari ini.

Logo rasmi 100 tahun akan dipaparkan pada semua latar belakang program sama ada fizikal atau digital, Facebook UPSI, video, dan semua aktiviti sama ada di fakulti, kolej kediaman serta persatuan.

Logo UPSI berwarna keemasan yang diletakkan dalam angka 100 menunjukkan bahawa legasi SITC menjulang kegemilangan sehingga era UPSI selama 100 tahun untuk membina kemasyhuran.

100
Logo 100 Tahun UPSI.

Bangunan Suluh Budiman yang bersejarah diletakkan dalam lingkaran ema dan ia kekal utuh sejak era SITC sehingga kini.

Bangunan tersebut juga telah digazetkan di bawah akta Warisan Kebangsaan 2005 sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada 14 Februari 2009.

Garis lengkung yang merentasi logo 100 tahun menunjukkan gelombang peredaran era kegemilangan UPSI bermula dengan SITC, MPSI, IPSI sehingga kepada zaman UPSI.

Baca juga:   215 pelajar UPSI dibenarkan pulang ke Sabah

Warna emas pada logo ini melambangkan kejayaan, kegemilangan dan kekayaan ilmu pengetahuan; dan warna emas gelap menggambarkan kekuatan tenaga kerja yang mantap, berevolusi, berkeyakinan dan berdaya saing.

UPSI akan menghasilkan pelbagai bentuk cenderamata yang terpapar logo sambutan 100 Tahun untuk dibeli dan dimiliki oleh warga UPSI, alumni SITC, MPSI, IPSI dan UPSI serta masyarakat yang ingin memilikinya sebagai koleksi peribadi. – EDISI 9

Latest News

Peniaga durian rentas negeri cetus kluster baharu di Kelantan

SEKUMPULAN peniaga durian yang merentas negeri dari Kelantan ke Selangor dan Johor untuk mendapatkan dan menghantar bekalan 'raja buah'...

More Articles Like This