27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

UMNO minta Muhyiddin, Takiyuddin letak jawatan

Mesti Baca

Ahli-ahli Parlimen UMNO juga diarah menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

CYBERJAYA – UMNO hari ini meminta agar Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan agar meletakkan jawatan masing-masing secara terhormat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO kesal dengan tindakan kerajaan Muhyiddin yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkai di Parlimen seiring dengan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan apabila Tuanku sendiri mendedahkan bahawa pembatalan Ordinan-ordinan Darurat sebagaimana yang diumumkan Takiyuddin di Parlimen amat mengelirukan, kerana hakikatnya belum mendapat perkenan baginda.

“Tindakan ini jelas merupakan satu bentuk penderhakaan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bahkan membelakangi prinsip Perlembagaan Persekutuan.

“Sehubungan dengan itu, UMNO akan meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk meletakkan jawatan secara terhormat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Pada masa yang sama, Zahid juga mengarahkan Ahli-ahli Parlimen UMNO agar menarik sokongan ke atas Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Katanya, Ahli-ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan dan melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada 7 Julai lalu berikutan perkembangan yang berlaku hari ini.

“Keputusan ini bagi memenuhi sumpah jawatan selaku Ahli Parlimen yang wajib menumpahkan taat setia kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa,” kata beliau.

Zahid menegaskan, pendirian itu juga seiring dengan asas dan matlamat penubuhan parti itu untuk sentiasa memelihara dan membela institusi Raja-raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan