29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dr. Anhar dilantik Mufti Selangor yang baharu

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat mengurniakan watikah pelantikan Mufti Selangor dan Timbalan Mufti Selangor yang baharu di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, Datuk Dr.  Anhar  Ophir kini secara rasminya dilantik sebagai Mufti Selangor berkuatkuasa 21 Mei. 

Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Mufti Selangor sejak tahun 2016.

Anak kelahiran Kapar, Klang itu memiliki kelulusan tertinggi Ijazah Doktor Falsafah (Feqh Wa Usuluh), Mumtaz dari The World Islamic Sciences And Education University (WISE), Jordan. Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana (Falsafah Islamiah), Mumtaz dari Universiti Kaherah, Mesir. 

Sejak tahun 2007, beliau juga bertindak selaku Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Antara kertas kerja yang pernah dihasilkan beliau bertajuk Kepentingan Bermazhab Di Sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jawatan Timbalan Mufti Selangor pula kini diambil alih oleh Prof. Madya Dr. Miszairi Sitiris. Beliau yang lahir di Banting berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah IRKH (Fiqh dan Usul Al-Fiqh) dari Universiti Islam Antarabangsa (IIUM). 

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (IIUM) dan Ketua Jabatan Fiqh dan Usul Al-Fiqh, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (IIUM). 

Antara artikel beliau yang pernah diterbitkan bertajuk Tuntutan Harta Sepencarian Dalam Kes Kematian di bawah Jurnal Undang-undang Malaysia.

Dalam pada itu Sultan Selangor bertitah menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor supaya mempercepatkan proses vaksinasi Covid-19 kepada para Imam, Bilal dan Siak di masjid-masjid dan surau-surau serta Jurunikah di seluruh Negeri Selangor.

Ia sebagai persediaan awal bagi membolehkan masjid dan surau dibuka untuk lebih ramai jemaah khususnya bagi menunaikan solat Jumaat, bergantung kepada perkembangan terkini Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Baginda berpandangan adalah penting untuk imam, bilal dan siak serta jurunikah ini diberi keutamaan memperoleh vaksin Covid-19 secepat mungkin sebagai perlindungan kerana tugas mereka terdedah kepada risiko jangkitan yang lebih tinggi. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan