25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

17,170 kes baharu, enam kluster ziarah raya dikesan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes baharu harian COVID-19 hari ini, merekodkan pengurangan kes, namun masih melepasi angka 17,000 dengan sebanyak 17,170 kes baharu dilaporkan.

Ini kali ketiga kes harian negara melebihi angka tersebut termasuk pada semalam, sebanyak 17,405 kes dilaporkan sekali gus tertinggi serta pada 25 Julai dengan 17,045 kes.

Pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat menghampiri 180,000 iaitu sebanyak 179,179 kes termasuk 1,043 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 531 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dengan pertambahan kes baharu harian tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 negara sebanyak 1,078,646 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian tersebut, sebanyak 383 kes (2.3 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, manakala sebanyak 16,787 kes (97.7 peratus) daripada kategori satu dan dua.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19.

“Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Sementara itu, beliau memaklumkan, berdasarkan status vaksinasi, terdapat 47 kes kategori lima iaitu tiga kes mempunyai sejarah vaksinasi dan 44 kes tiada sejarah vaksinasi.

“Di samping, sebanyak 138 kes dilaporkan bagi kategori empat dengan 20 kes mempunyai sejarah vaksinasi dan 118 kes tiada sejarah vaksinasi,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, untuk kategori tiga pua, sebanyak 198 kes dilaporkan dengan 55 kes mempunyai sejarah vaksinasi dan 143 kes tiada sejarah vaksinasi.

“Manakala, sebanyak 8,299 kes kategori dua dengan 2,026 kes mempunyai sejarah vaksinasi dan 6,273 kes tiada sejarah vaksinasi.

“Sebanyak 8,488 kes pula membabitkan kategori satu dengan 649 kes mempunyai sejarah vaksinasi manakala 7,839 kes tiada sejarah vaksinasi,” katanya.

Advertisements

Terdahulu dalam perkongsian di Twitter, Dr Noor Hisham berkata, Selangor masih merekodkan kes tertinggi dan melepasi angka 7,000 dengan sebanyak 7,163 kes dilaporkan.

“Walaupun kes di Kuala Lumpur berkurangan, namun masih tetap melepasi angka 2,000 dengan 2,138 kes direkodkan hari ini.

“Peningkatan kes baharu harian turut berlaku di beberapa negeri lain iaitu Kedah dengan 1,212 kes berbanding 1,112 kes sehari sebelumnya, diikuti Johor (1,054 kes) (767 kes); Negeri Sembilan (884 kes) (863 kes) dan Pahang (638 kes) (429 kes).

“Selebihnya, Kelantan (615 kes) (532 kes); Perak (596 kes)(406 kes) ;Sarawak (582 kes)(468 kes) ; Putrajaya (84 kes) (68 kes) dan Perlis (10 kes)(tiga kes).

“Bagaimanapun, empat negeri dan satu wilayah persekutuan merekodkan penurunan kes baharu harian dengan Sabah sebanyak 776 kes; Pulau Pinang (554 kes);Terengganu (437 kes); Melaka (416 kes) dan Labuan (11 kes), “katanya.

Tambah Dr Noor Hisham lagi, terdapat 174 kes kematian COVID -19 lagi dilaporkan hari ini, termasuk 17 warga asing serta melibatkan 98 lelaki dan 76 wanita dengan sebanyak 28 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

“Bagaimanapun, kes sembuh masih merekodkan angka tertinggi semalam dengan 12,930 kes, menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 890,742 kes,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 36 kluster baharu lagi dikenal pasti terdiri daripada 18 kluster tempat kerja, 14 kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.

“Daripada jumlah kluster baharu itu, enam kluster komuniti melibatkan aktiviti ziarah raya dan rentas negeri di Sabah, Kelantan, Kedah, Selangor dan Johor dikesan pada hari ini.

“Kluster tersebut ialah Kluster Lahat-Lahat di Tawau, Sabah (20 kes); Kluster Wakaf Stan di Kota Bharu, Kelantan dan Kubang Pasu, Kedah (lapan kes); Kluster Kampung Chenok Kadok di Kota Bharu dan Petaling, Selangor (13 kes); Kluster Kampung Mentera di Kota Bharu (24 kes); Kluster Dah Kampung Pokka di Padang Terap, Kedah (24 kes) serta Kluster Jalan Denai Enam di Johor Bahru, Johor (25 kes), “katanya

Sementara itu, katanya, data kebolehjangkitan pula menunjukkan, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.16 dengan negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.33) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.26) serta Sabah dan Pulau Pinang (nilai RT 1.25). – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan