25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

Tengku Zafrul bertanding di Lembah Pantai? Wah… Menarik!

Mesti Baca

Mesin Taip Buruk
Blogger / Kolumnis Edisi 9

HUJAN tidak ribut tidak tup-tup nama Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dipetik konon akan bertanding di Parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ini semua gara-gara gambar beliau menyampaikan bantuan di salah sebuah masjid di kawasan Parlimen tersebut tular sehingga diusik oleh beberapa orang politik dan netizen yang dia mahu bertanding kawasan tersebut.

Jika benar Tengku berhasrat untuk menceburi politik sepenuhnya apa salahnya? Bukankah dia sekarang sudah berada dalam Kabinet kerajaan dan cara beliau menjawab isu-isu berkaitan kewangan dan rakyat pun kadang kala nampak macam orang politik dah. Ahaks…

Yelah dah lebih dua tahun berada dalam kerajaan yang dikelilingi orang politik dari pelbagai parti, sudah tentu sedikit sebanyak mempengaruhi beliau.

Kalau betullah Tengku mahu menceburi politik dan bertanding dalam pilihan raya nanti, persoalan utama yang menjadi tanda tanya ialah parti mana yang beliau akan wakili? Bersatukah? UMNO-kah? atau Pas?

Bila timbul usik-usik mengenai Tengku nak bertanding di Lembah Pantai, pantas Raja Nong Chik menyambut salam dan memberi lampu hijau untuk Tengku bertanding di situ atas tiket UMNO.

Kata Raja Nong Chik yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Tengku amat sesuai bertanding di situ kerana ibu bapanya memang orang Bangsar dan dia sendiri pun dibesarkan di kejiranan tersebut.

Baca juga:   Fokus kerajaan perangi COVID-19, bukan PRU-15
Baca juga:   Penarafan Fitch: Apa sebenarnya pendirian PH?

Tapi kata Raja Nong Chik, kalau Tengku nak menang kenalah bertanding atas tiket UMNO sebab di kawasan tersebut hanya UMNO dan Pas mempunyai kekuatan jentera.

Kalau parti lain beliau tidak dapat beri jaminanlah sebab UMNO dah buat keputusan untuk menarik sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) apabila Parlimen dibubarkan.

Maknanya kalau Tengku bertanding atas tiket PN misalnya, nak tak nak dia terpaksa berlawan dengan Pakatan Harapan (PH) yang sudah dua penggal menguasai Lembah Pantai menerusi Nurul Izzah Anwar dan Fahmi Fadzil.

Dan UMNO tidak akan duduk diam, sudah tentu akan meletakkan calonnya untuk merampas kerusi tersebut yang sebelum ini dikuasai mereka dengan Raja Nong Chik sendiri sebagai penyandangnya sebelum tewas kepada Nurul Izzah tahun 2013 lalu.

Jika pertembungan tiga penjuru di Lembah Pantai, hai sakit sikitlah PN dan BN nak menang sebab pola pengundi di Lembah Pantai ni lain sikit.

Pengundi di sini dari dari kluster kayangan yang duduk rumah batu berkaca tebal sampailah kluster marhain yang tinggal di PPR dan Kondo Rakyat yang sempit dan sesak.

Jadi kalau betul dan ikhlas Raja Nong Chik nak beri laluan kepada Tengku bertanding di Lembah Pantai, elok cepat-cepat hulur borang keahlian UMNO sebelum disambar parti politik lain.

Maklum Tengku pun ada pakej yang sesuai — muda, bijak, berkarisma — untuk menjadi orang politik.

Baca juga:   Antara spekulasi, persepsi dan khabar angin
Baca juga:   Kehadiran Bersatu buatkan MN 'pening' agih kerusi PRU-15

Tak gitu?

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan