26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Sabah catat jumlah populasi dos kedua COVID-19 terendah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sabah mencatatkan pemberian jumlah populasi dos kedua terendah dengan 9.5 peratus dilaporkan manakala 13.6 peratus dos kedua berdasarkan pecahan jumlah populasi pemberian dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

Bagaimanapun, setakat semalam, bilangan rakyat Malaysia yang menerima dos kedua, terus meningkat dengan sejumlah 4.93 juta direkodkan, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menerusi data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), secara keseluruhannya jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 sehingga 21 Julai 2021 ialah 15,517,866 dos.

Liputan pemberian vaksin COVID-19 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga terus mencatatkan jumlah kumulatif tertinggi semalam dengan 4,279,720 dos pertama diberikan kepada penerima, manakala 1,400,155 dos kedua.

Ia turut melibatkan jumlah populasi 50.8 peratus bagi dos pertama dan dos kedua (16.6 peratus).

Advertisements

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah individu yang menerima dos pertama sahaja seramai 10,584,885 orang. 

“Daripada jumlah kumulatif itu, seramai 4,932,981 individu telah menerima dos kedua berbanding 4,769,909 individu sehari sebelumnya,”katanya menerusi perkongsian di Twitter beliau di sini.

Jelas beliau, semalam sahaja, jumlah pemberian harian vaksin COVID-19, sebanyak 446,052 dos.

“Daripada jumlah itu, 282,980 individu telah menerima dos pertama manakala, seramai 163,072 individu menerima vaksin dos kedua,”katanya.

Berdasarkan laporan harian pemberian vaksin COVID-19 semalam,lima negeri mencatatkan pemberian kedua-dua dos vaksin tertinggi terdiri, Selangor 127,180 dos diikuti Kuala Lumpur (79,205 dos), Sarawak (58,348 dos), Johor (38,,781 dos) dan Pulau Pinang (24,669 dos) – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan