34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Puteri Sarah turun padang santuni masyarakat Merbok

Mesti Baca

DALAM usaha membantu masyarakat yang mengalami kesukaran berikutan pandemik Covid-19, pelakon Puteri Sarah turut tidak ketinggalan menabur dengan menyantuni penduduk di Merbok, Kedah.

Dalam kerja amal selama dua hari bersama Pertubuhan Kami Insan Tanah Air (KITA) itu, mereka mengagihkan daging korban.

Puteri Sarah bersyukur dan berterima kasih kepada KITA kerana memberi peluang kepadanya terlibat dalam program itu sempena Aidiladha.

“Saya menerima pelawaan untuk menyertai program ini melalui Pegawai Khas Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Aizat Azam kerana saya merasa terpanggil untuk turun padang membantu masyarakat yang mengalami kesukaran pada waktu pandemik Covid-19 sekarang ini. 

‘’Ia  bukan soal mencari publisiti di sebalik kesusahan orang lain, tetapi untuk menginsafkan dan muhasabah diri dengan melihat kesusahan orang lain”, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sejumlah lima ekor lembu dikorbankan menerusi Program Ibadah Korban Perdana itu dan keseluruhannya sebanyak 600 pek daging diagihkan kepada warga Merbok sepanjang program berkenaan.

Menurut Puteri Sarah, beliau berjalan kaki masuk ke kampung dan taman perumahan serta membuat kunjungan rumah ke rumah bagi mengagihkan daging korban. 

‘’Sangat menyentuh hati saya apabila dapat bertemu dengan masyarakat kampung dan melihat sendiri kehidupan mereka,’’ katanya yang turut mengagihkan barangan keperluan harian dan bahan makanan.

Puteri Sarah (dua kanan) menghulurkan sumbangan kepada penduduk di Merbok, Kedah. Hadir sama Aizat Azam (kiri).

Walaupun ramai tidak mengenali beliau namun Puteri Sarah tidak kisah kerana apa yang penting dapat menyantui penduduk terlibat. 

“Saya menyeru agar rakan-rakan artis lain turut mengambil kesempatan seperti ini untuk menyantuni masyarakat dengan kerja-kerja amal kebajikan,’’ katanya.

Sementara itu, Aizat yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok berkata, program agihan daging korban itu akan diteruskan setiap tahun sebagai sebahagian daripada sambutan Aidiladha dan untuk berkongsi kegembiraan dengan warga Merbok yang memerlukan bantuan.

“Kami sebagai Pemuda di Merbok sentiasa prihatin dan melaksanakan tanggungjawab sosial kami dengan pelbagai cara. Bukan sahaja daging korban, sebelum ini kami juga mengedarkan barangan keperluan asas lain iaitu bakul makanan untuk mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19,’’ katanya.

Menurut Aizat, program Ibadah Korban Perdana Pemuda Merbok mula dilaksanakan sejak tiga tahun lalu. 

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran program ini terutama KITA kerana sudi bersama Pemuda UMNO Merbok dan ini merupakan kali pertama KITA menjalin kerjasama dengan kami. Saya harap kerjasama ini akan diteruskan di dalam lain-lain program kebajikan untuk rakyat Merbok,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan