26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

‘Perang’ habis-habisan ke atas kilang, premis perniagaan – TPM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan dengan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, kerajaan akan melakukan ‘perang’ habis-habisan dalam ‘combat’ melawan Covid-19.

“Kita akan mengambil tindak tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang masih degil,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau, hari ini.

Sememangnya amaran Ismail Sabri itu tepat pada masanya ketika rakyat khususnya di Selangor yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 

Ia berikutan meningkat kes baru di negeri itu yang sebahagian besar disumbangkan oleh sektor perkilangan dan industri.

Semalam Ismail Sabri memberitahu, sebanyak 52 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak binaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Wartawan

Terkini

Lukaku ledak Hatrik benam Sweden 3-0

Belgium memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan bergaya menewaskan Sweden 3-0 menerusi jaringan hatrik Romelu Lukaku dalam perlawanan pagi...

Lagi Artikel Berkaitan