25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lelaki maut kereta terjunam dalam runtuhan tanah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUCHING – Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandunya terjatuh ke dalam runtuhan tanah di Jalan Haji Baki di sini, tengah malam tadi.

Memetik laporan Bernama, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.30 tengah malam mengenai kejadian tanah runtuh dilokasi.

“Dimaklumkan, terdapat sebuah kereta terjatuh dan mangsa, Chai Kian Fah, 63 tersepit dalam kenderaan berkenaan,” katanya.

Katanya, setiba di lokasi pihaknya melakukan pemeriksaan lanjut dan mendapati struktur tanah tidak stabil dan masih berlaku runtuhan sehingga menyukarkan operasi menyelamat mangsa.

“Namun begitu, bomba berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas bagi memotong bahagian pintu hadapan, bagaimanapun mangsa ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudiannya dapat dikeluarkan pada pukul 2 pagi tadi.

“Setelah diperiksa, mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan