26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lebih 110 ahli Parlimen masih bersama kerajaan – Ismail Sabri

Mesti Baca

CYBERJAYA – Berikutan krisis politik yang berlaku, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta rakyat bertenang dan menegaskan, kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen.

Sehubungan itu beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan berharap rakyat sama-sama berdoa agar kemelut politik berakhir dengan segera.

“Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19,” kata dalam kenyataan hari ini.

Beliau membuat kenyataan itu beberapa sejam selepas Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah amat dukacita berikutan pengumuman kerajaan di Dewan Rakyat bahawa Ordinan Darurat sudah dimansuhkan walhal ia belum mendapat perkenaan Seri Paduka.

Mengulas kenyataan Istana Negara itu, Ismail Sabri berkata, beliau menjunjung titah Seri Paduka itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas mendokong sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Katanya, Pas berdiri teguh bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mendokong semua keputusan yang diputuskan oleh Kabinet.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, Pas menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19.

‘Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik,’’ katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan