31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Hartal doktor kontrak: Tiada siasatan dilakukan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PETALING JAYA – Tiada sebarang siasatan dilakukan polis berhubung hartal melibatkan doktor kontrak yang diadakan di beberapa hospital di sekitar Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, setakat ini, tiada sebarang kertas siasatan dibuka atau tindakan diambil.

“Tiada kertas siasatan dibuka polis setakat ini,” katanya ringkas, lapor Utusan.

Terdahulu, memetik laporan media, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, sebarang perihal berkenaan doktor kontrak berkenaan lebih baik sekiranya dirujuk kepada jabatan atau kementerian berkaitan.

Beliau berkata, tiada sebarang kenyataan akhbar akan dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman berkenaan perkara itu.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, semua doktor kontrak yang mengambil bahagian dalam mogok dan protes anjuran Gerakan Hartal Doktor Kotrak tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin.

Jaminan itu diberikan ketika beliau menggulung perbahasan tentang Tindakan Menangani Pandemik COVID-19 dalam sidang khas Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Adham, semua doktor kontrak yang menyertai perhimpunan berhak melakukan tindakan sedemikian. – Edisi 9

.

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan