30.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 8, 2021

Malaysia terima lebih 26 juta dos vaksin – Khairy

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 26,383,670 dos vaksin diterima daripada syarikat pembekal menerusi perolehan kerajaan serta sumbangan negara-negara asing, setakat 26 Julai lalu, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, daripada 23.88 juta dos melalui perolehan kerajaan, sebanyak 1,085,790 dos telah diterima pada suku pertama; 8,906,530 dos telah dihantar pada suku kedua dan manakala bakinya adalah jumlah vaksin yang diterima bulan ini.

Beliau yang juga Menteri Sains dan Teknologi berkata, selain daripada bekalan vaksin yang diterima daripada perolehan kerajaan, Malaysia juga telah menerima sumbangan vaksin daripada tiga negara.

“Tiga buah negara tersebut adalah Jepun yang telah menyumbang 998,400 dos vaksin AstraZeneca yang diterima pada 1 Julai, Amerika Syarikat yang telah menyumbang 1,000,350 dos vaksin Pfizer yang diterima pada 5 Julai serta China yang menyumbang vaksin Sinovac sebanyak 500,000 dos yang telah diterima pada 16 Julai.

“Ini bermakna, vaksin yang telah diterima oleh Malaysia menerusi perolehan kerajaan dan juga sumbangan daripada negara luar sehingga kini adalah berjumlah 26,383,670 dos,” katanya ketika memberi penerangan tentang PICK dalam sidang khas Dewan Rakyat, hari ini.

Khairy menambah, selain tiga negara berkenaan, kerajaan juga sedang dalam perbincangan dengan beberapa negara lagi yang telah menyatakan kesediaan untuk turut menyumbang bekalan vaksin kepada Malaysia seperti negara United Kingdom dan Arab Saudi.

Beliau memberitahu, penerimaan sumbangan vaksin daripada negara-negara ini akan membantu Malaysia untuk mempercepatkan lagi pemberian vaksin di samping bekalan vaksin yang telah dibeli oleh kerajaan.

Baca juga:   Kerajaan BN hari-hari kena 'bantai', pelabur tetap datang - Najib

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kepada negara-negara ini,” ujarnya.

Khairy turut membentangkan statistik terkini agihan 25.63 juta dos vaksin kepada setiap negeri sejak PICK bermula sehingga 31 Julai ini.

Johor menerima 2,056 juta dos manakala Kedah 1.113 juta dos, Kelantan (914,800), Lembah Klang merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya (9.086 juta), Melaka (626,000), Negeri Sembilan (1,024 juta), Pahang (948,000), Perak (1.437 juta), Perlis (218,500), Pulau Pinang (1.255 juta), Sabah (1.856 juta), Sarawak (3.645 juta), Terengganu (795,700), Labuan (236,100) dan Angkatan Tentera Malaysia (418,800).

Baca juga:   Pahang berputih mata, Sumareh sah milik Police Tero FC

Beliau memberi jaminan bahawa Pasukan Petugas Khas COVID-19 (CITF) akan cuba memastikan keseimbangan agihan vaksin kepada negeri-negeri.

“Keseimbangan ini adalah dengan mengambil kira jumlah vaksin yang telah dihantar pihak pembekal, jumlah populasi setiap negeri dan sudah pastinya nilai ambang yang ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) agar setiap negeri dapat beralih daripada satu fasa kepada fasa berikut dalam tempoh masa yang tidak jauh berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain.

“Walau bagaimanapun, dalam keadaan-keadaan tertentu seperti contohnya jika fasa kawalan wabak perlu diaktifkan di satu-satu kawasan, CITF perlu membuat perubahan jumlah pengagihan vaksin yang telah dijadualkan bagi membolehkan kawasan kawalan wabak dapat melaksanakan vaksinasi kepada populasi di kawasan tersebut pada kadar segera,” jelasnya – EDISI 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

AARDO ke-20 bincang bantu masyarakat luar bandar pasca Covid-19

MALAYSIA mengambil serius terhadap kepentingan pembangunan infrastruktur termasuk capaian internet kepada masyarakat luar bandar dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19. Menurut...

Lagi Artikel Berkaitan