24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

AS sumbang 1 juta dos vaksin Pfizer kepada Malaysia

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Amerika Syarikat (AS) telah memberi sumbangan sebanyak 1 juta dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer kepada Malaysia bagi menampung Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, vaksin yang diberikan secara percuma itu dijangka tiba ke negara ini esok.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Negara AS yang juga rakan sejawatannya, Antony Blinken.

“Amerika Syarikat sumbang 1 juta dos vaksin Pfizer secara percuma kepada Malaysia yang mana ia bakal tiba di tanah air esok.

“Terima kasih kepada rakan sejawat saya, Antony Blinken dan kerajaan AS atas sumbangan vaksin ini serta pelbagai lagi bentuk bantuan kepada Malaysia sejak pandemik Covid-19 melanda tahun lalu.

“Saya dan Blinken akan terus berkongsi komitmen demi memastikan hubungan erat Malaysia dan AS terus diperkukuh demi manfaat bersama khususnya di era pasca-pandemik,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Advertisements

Sementara itu, menerusi ciapan di Twitter, Hishammuddin berkata, AS menerusi kedutaan negera itu di Kuala Lumpur turut menghulurkan beberapa bantuan dan sumbangan lain kepada Malaysia sejak pandemik Covid-19 melanda.

Awal bulan lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini lantang mengkritik pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kerajaan membeli lebihan vaksin AS yang telah ditawarkan kepada negara lain yang memerlukan.

Beliau berkata, berdasarkan kadar vaksin di negara itu sudah mencapai 1 juta dos sehari (2 Jun) berbanding 4 juta dos pada April, menandakan bekalan stok vaksin mereka semakin melimpah.

Sebelum itu Presiden AS, Joe Biden mengumumkan bahawa mereka akan mengedarkan lebih stok vaksin sebanyak 80 juta dos iaitu 20 juta dos vaksin Pfizer, Moderna dan Johnson & Johnson serta 60 juta dos AstraZeneca.

“Sekiranya hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat masih baik, kerajaan patut berunding dengan Amerika untuk membeli vaksin dari stok kerajaan mereka agar kadar vaksinasi Malaysia boleh dipercepatkan dan kita mencapai imuniti kelompok untuk bebas Covid secepat mungkin,” katanya.

Tiga hari lalu Malaysia menerima sumbangan satu juta vaksin AstraZeneca (AZ) dari Jepun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan