25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Najib cadang Malaysia beli vaksin lebihan dari Amerika Syarikat

Mesti Baca

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kerajaan membeli lebihan vaksin Amerika Syarikat (AS) yang kini ditawarkan kepada negara lain yang memerlukan.

Beliau berkata, berdasarkan kadar vaksin di negara itu sudah mencapai 1 juta dos sehari semalam berbanding 4 juta dos pada April, menandakan bekalan stok vaksin mereka semakin melimpah.

Katanya, Isnin lalu Presiden AS, Joe Biden mengumumkan bahawa mereka akan mengedarkan lebih stok vaksin sebanyak 80 juta dos iaitu 20 juta dos vaksin Pfizer, Moderna dan Johnson & Johnson serta 60 juta dos AstraZeneca.

“Sekiranya hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat masih baik, kerajaan patut berunding dengan Amerika untuk membeli vaksin dari stok kerajaan mereka agar kadar vaksinasi Malaysia boleh dipercepatkan dan kita mencapai imuniti kelompok untuk bebas Covid secepat mungkin,” katanya hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, dari segi kes dan kematian baharu akibat Covid-19, Malaysia antara negara paling parah dan telah jauh melepasi AS dan India.

“Sebab itu, saya percaya Malaysia layak untuk diberi prioriti apabila kriteria AS untuk pemberian vaksin diumumkan,” katanya sambil memaklumkan cadangan ini perlu dikemukakan beliau sebelum ini.

Advertisements

Katanya, pada April lalu, beliau pernah meminta kerajaan untuk segera berunding dengan AS untuk membeli stok vaksin berlebihan mereka.

“Masa itu, saya lihat program vaksinasi Amerika Syarikat hampir selesai dan mereka sudah selesa bahawa bekalan vaksin sedia ada sudah cukup untuk warga mereka. Masa itu, kadar vaksinasi mereka jatuh dari hampir 4 juta dos sehari ke sekitar 2.7 juta dos sehari,” katanya.

Bagaimanapun, semalam Thailand mengumumkan bahawa AS sudah bersetuju untuk membantu mereka mendapatkan vaksin walaupun keadaan Covid-19 di negara jiran itu tidak separah kita.

Najib berkata, selain AS, negara United Kingdom juga antara negara yang dijangka akan selesai dengan program vaksinasi mereka dan akan ada stok atau tempahan berlebihan yang tidak dapat digunakan mereka.

“Kita bukan mahu mereka bersedekah pada kita tapi kita mahu membeli daripada mereka pada harga pasaran agar stok segera sampai ke tangan penerima. Tak salah untuk cuba. Belum cuba, belum tahu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan