27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 21, 2021

19 lokaliti di enam negeri dikenakan PKPD

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 19 lokaliti di enam negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini hingga 13 Ogos.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia membabitkan lapan lokaliti di Sabah, Kelantan (dua), Perak (empat), Pahang (tiga) manakala masing-masing satu lokaliti di Terengganu dan Kedah.

“Di Sabah membabitkan Kampung Lembah Permai dan Kampung Pugi Gunsapou di Ranau, Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis di Keningau, Kampung Marintaman di Sipitang, Kampung Gambaron 2 dan Kampung Tembidong-Bidong di Telupid dan Kampung Airport Lama di Tawau.

“Di Kelantan melibatkan Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang di Pasir Mas dan Kampung Wek Batu 23, Labok di Machang. Terengganu melibatkan Kampung Padang Kubu.

”Mukim Tebak di Kemaman manakala di Pahang melibatkan Pangsapuri Amber Court dan Tapak Bina Grand Ion Delemon, Genting Highlands di Bentong serta Felda Sungai Koyan 3, Mukim Ulu Jelai di Lipis,” menurutnya dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini.

Baca juga:   MINDEF sedia bantu KPM, operasi sekolah lancar di kem ATM

PKPD di Perak pula melibatkan empat lokaliti dalam daerah Perak Tengah iaitu Kampung Biak Hilir di Mukim Bandar serta Kampung Biak Darat, Kampung Biak Baroh dan sebahagian Kampung Pasir Salak di Mukim Pasir Salak.

Hishammuddin berkata, PKPD di Kedah pula melibatkan Taman Desa Bidara, Kuala Ketil di Baling.

Baca juga:   PKPD 29 lokaliti seluruh negara mulai 27 Julai

Beliau juga berkata sebanyak 63 premis merangkumi lima kilang, premis perniagaan (55) dan tapak pembinaan (tiga) diarah tutup serta-merta semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Semalam juga, 316 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 296 individu dikompaun manakala 20 lagi direman.

“Seramai enam pendatang tanpa izin turut ditahan manakala sebuah kenderaan darat dirampas dalam Op Benteng,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Majlis-majlis Pemulihan Negeri pastikan PPN dilaksana secara holistik

PENUBUHAN Majlis-majlis Pemulihan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing merupakan pendekatan terbaik bagi memastikan Pelan...

Lagi Artikel Berkaitan