28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

14 lokaliti di Temerloh antara 25 lokaliti dikenakan PKPD

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 14 lokaliti di Temerloh, Pahang merupakan antara 25 lokaliti di tiga negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 24 Julai hingga 6 Ogos.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti di negeri lain ialah tujuh di Sabah, satu di Bentong, Pahang dan tiga lokaliti di Machang, Kelantan.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, 14 lokaliti di Temerloh itu ialah Taman Bahagian, Taman Bahagia Indah, Taman Bahagia Makmur, Taman Bahagian Courts, seluruh Kampung Padang Lalang, Taman Perumahan Sri Kemuning dan Flat Sri Kemuning.

‘’Lokaliti lain di daerah itu yang dikenakan PKPD ialah Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah, Taman Temerloh Makmur, seluruh Felda Lakum, Kampung Paya Keladan dan Taman Keladan Indah,’’ katanya.

Beliau berkata, di Bentong pula, Kompleks Penjara Bentong termasuk kuarters dikenakan PKPD manakala di Machang, Kelantan, kawasan terlibat ialah Kampung Joh, Kampung Maka dan Kampung Dewan Besar.

‘’Di Sabah lokaliti yang diletakkan di bawah PKPD ialah tiga lokaliti di Sipitang, dua lokaliti di Tuaran dan masing-masing satu di Kudat dan Beaufort,’’ katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, PKPD di semua lokaliti tersebut dilaksanakan selepas pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Sementara itu mengenai Task Force Operasi Pematuhan, beliau berkata, sebanyak 34 premis dan kilang diarah tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

‘’Ia meliputi 4 buah kilang dan 30 premis perniagaan hasil pemeriksaan ke atas 1,735 buah kilang, 15,285 premis perniagaan, 771 tapak pembinaan dan 266 buah asrama penempatan pekerja,’’ katanya.

Ismail Sabri juga memaklumkan, Task Force tersebut juga menahan 525 individu atas kesalahan ingkar SOP.

‘’Daripada jumlah itu seramai 449 individu dikompaun, 68 direman manakala lapan lagi individu telah dijamin,’’ katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan