28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Tak kemas kini MySejahtera bukan satu kesalahan – Ismail Sabri

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera bukan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dan tidak perlu dikompaun.

Sehubungan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kompaun yang telah dikeluarkan oleh mana-mana penguatkuasa atas kesalahan tersebut, perlu dibatalkan.

“Pegawai penguatkuasa juga disarankan supaya tidak salah dalam membuat sebarang tafsiran berhubung SOP (prosedur operasi standard), yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Sabtu lalu, dilaporkan seramai 29 pekerja syarikat minyak dan gas dilapor dikompaun RM2,000 setiap orang, manakala dua pekerja kilang memproses ayam dikenakan RM1,500 setiap orang, kerana tidak mengemas kini status kesihatan di aplikasi MySejahtera, ketika memasuki tempat kerja.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid kemudian dipetik sebagai berkata, kompaun tersebut akan dibatalkan.

Baca juga:   872 pegawai, pasangan buang undi di Mes IPK Sarawak

Ismail Sabri bagaimanapun berkata, walaupun perkara tersebut tidak menjadi kesalahan di bawah Akta 342, rakyat perlu berintegriti dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap aplikasi tersebut.

Ini kerana beliau berkata, MySejahtera merupakan aplikasi dibangunkan kerajaan bagi membantu pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara, dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

“Justeru, aplikasi ini bukan hanya untuk mengimbas sekiranya memasuki sesuatu tempat, tetapi lebih penting adalah melakukan kemas kini setiap hari, malah setiap masa sekiranya perlu bergantung kepada pergerakan serta aktiviti kita pada hari terbabit.

Baca juga:   Agong main peranan kerjasama Petronas, ADNOC - Ismail Sabri

“Sebagai rakyat kita bukan hanya perlu jujur dalam memberikan maklumat berkaitan diri kita, tetapi juga memegang amanah untuk memastikan setiap maklumat diberikan adalah tepat dan benar,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Hak Najib dapat perbicaraan adil terus dinafikan

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa Datuk Seri Najib Razak terus dinafikan untuk mendapat hak...

Lagi Artikel Berkaitan