25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

Covid-19: Kes baharu turun lagi, sembuh tertinggi, 82 kematian

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia merekodkan 7,548 kes sembuh COVID-19 hari ini, angka tertinggi dicatatkan sejak wabak itu melanda negara, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 534,357, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada 3 Jun, negara melaporkan 7,049 kes sembuh daripada virus itu.

Perkembangan hari ini menjadikan jumlah kes sembuh harian mengatasi jumlah kes baharu yang mencatatkan 5,271 kes dalam tempoh 24 jam lepas, iaitu penurunan untuk empat hari berturut-turut.

Menurut Dr Noor Hisham menerusi perkongsian infografik di laman Twitter hari ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 adalah 622,086 dengan jumlah kes aktif kini 84,269.

Pada masa sama, beliau memaklumkan 82 kematian lagi dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 3,460 orang, selain 902 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 447 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. 

Baca juga:   Lelaki dalam dokumentari Al Jazeera dihantar pulang 31 Ogos

Dr Noor Hisham memperincikan Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,374 kes, diikuti Sarawak (703), Negeri Sembilan (571), Kuala Lumpur (455), Johor (355), Kelantan (341), Sabah (336), Labuan (209) dan Kedah (194).

Selain itu, Melaka dengan 178 kes, Perak (177), Pulau Pinang (153), Terengganu (117), Pahang (99), Putrajaya (lapan) dan Perlis (satu).

Dr Noor Hisham menerusi satu kenyataan kemudiannya memaklumkan sebanyak 23 kluster baharu dikesan dengan 16 daripadanya membabitkan penularan di tempat kerja, enam melibatkan komuniti serta satu berkaitan kumpulan berisiko tinggi.

Baca juga:   KKM nasihat hati-hati guna semburan 'nano mist'

Kluster tempat kerja direkodkan ialah Integrasi Rawang Satu, Jalan Keretapi Lama Klang, Jalan Tujuh Selatan, Jalan SS Enam di Selangor; Jalan Perindustrian Tujuh, Jalan Parit Hulu, Jalan Besar Rengit (Johor) serta Jalan Airport dan Jalan Ilmu (Sarawak).

Selain itu Pedas 2 dan Industri Kampung Gebok di Negeri Sembilan; Hamparan (Sabah); Kampung Gajah Mati (Kelantan); Jalan Walter Granier (Kuala Lumpur); Jalan Burma (Pulau Pinang) dan Dah Ria Jaya (Kedah).

Kluster komuniti pula membabitkan Sungai Durin dan Jalan Masket di Sarawak; Taman Wawasan, Kampung Bolong Baru, Jalan Budi (Sabah) serta Pelandang (Terengganu), sementara kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi dikesan di Johor yang dinamakan Kluster Jalan Keranji.

Menurut Dr Noor Hisham secara keseluruhan jumlah kluster aktif kini 726 manakala 1,635 kluster telah tamat.

Baca juga:   Muafakat Nasional wadah rundingan agihan kerusi tiga parti Melayu

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan