26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Vaksin: Khairy tegur industri kenakan caj tambahan melampau

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

PUTRAJAYA – Khairy Jamaluddin hari ini menegur sikap sesetengah industri seperti pusat-pusat membeli belah mengenakan caj tambahan melampau terhadap mereka yang mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di bawah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) industri kendalian mereka.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak industri berkenaan berhubung perkara itu memandangkan bayaran untuk klinik perubatan am yang mengendalikan PPV berkenaan hanya sebanyak RM14 seorang.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bagaimanapun berkata, bayaran tambahan yang dikenakan tidak dapat dielakkan kerana ia melibatkan kos logistik, peralatan dan lain-lain.

Katanya, ada kalangan industri yang membuat PPV di dalam premis mereka dengan menggunakan klinik dalaman tetapi ada juga industri yang membawa pekerja mereka ke PPV mega yang disediakan kerajaan.

“Jadi caj tambahan ini untuk logistik, peralatan dan lain-lain sehingga lebih RM50 seorang, sedangkan bayaran kepada klinik perubatan am yang mengendalikan pusat suntikan tetap RM14.

“Bayaran yang dikenakan agak tinggi dan kami akan berbincang dengan pihak industri berhubung bayaran tambahan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Edisi 9 melaporkan rasa tidak puas hati dalam kalangan klinik perubatan am yang hanya dibayar RM14 seorang di bawah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) klinik swasta yang dianggap tidak setimpal.

Baca juga:   Orang ramai tak digalak ambil ujian antibodi vaksin COVID-19

Pada masa yang sama kerajaan membenarkan pihak industri seperti pusat membeli belah mengenakan caj tambahan untuk logistik dan lain-lain sehingga RM50 dan RM60 seorang.

Baca juga:   Kementerian Kewangan umum pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin?

Manakala pihak klinik tidak dibenarkan berbuat demikian walaupun mereka terpaksa mengikuti pelbagai syarat ketat termasuk menghadiri kursus dan penyediaan peralatan tambahan lain.

Untuk rekod, pusat-pusat membeli belah tersebut menyediakan program suntikan vaksin bagi para penyewa premis dan kakitangan mereka.

Surat edaran pusat-pusat membeli belah berhubung program imunisasi Covid-19 yang disediakan kepada penyewa mereka dengan dikenakan bayaran tertentu. – Sumber: Media sosial

Khairy berkata, program PPV industri tersebut dikhususnya untuk pemberian vaksin kepada mereka yang terlibat dalm bidang-bidang yang berkeperluan dengan kerjasama kementerian-kementerian lain.

Antaranya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Kerja Raya.

“Matlamat PPV industri ini agar mereka yang terlibat dalam industri tertentu dapat segera beroperasi dan mempercepatkan lagi proses imuniti kelompok,” katanya.

Mengenai bayaran RM14 seorang kepada klinik perubatan am yang mengikuti PPV, Khairy berkata, jumlah bayaran tersebut telah dipersetuai oleh persatuan pengamal perubatan terlibat.

Beliau menyedari bukan semua klinik perubatan swasta berminat untuk menyertai program tersebut namun pihaknya berusaha untuk menambahkan lagi jumlah bilangan yang ada.

Khairy berkata, sehingga kini terdapat lebih 8,000 klinik perubatan am di seluruh negara dan sekitar 2,800 yang mendapat untuk menjadi ‘klinik vaksin’ tetapi hanya 1,000 klinik yang benar-benar memenuhi syarat.

Antara syarat utama, katanya, klinik berkenaan perlu mempunyai peti simpanan ubat berhawa dingin yang lengkap dengan alat pemantau suhu selain beberapa krititeria lain.

Baca juga:   20 pekerja kilang pakaian maut dalam kebakaran
Baca juga:   Kementerian Kewangan umum pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin?

“Saya sudah berbincang dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berhubung penglibatan klinik perubatan am ini dan kita mensasarkan 1,000 lagi klinik menyertai program vaksinasi ini,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Polis siasat dakwaan kebocoran data 4 juta rakyat Malaysia

CYBERJAYA – Polis kini sedang berusaha untuk mengenal pasti dalang serta punca kebocoran data milik 4 juta rakyat Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan