26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Rayuan BPR dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Orang ramai yang layak boleh membuat rayuan secara dalam talian melalui portal rasmi BPR LHDN di pautan https://bpr.hasil.gov.my.

Borang Rayuan BPR 2021 juga boleh dihantar secara manual kepada cawangan, pusat khidmat hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LDHN yang berhampiran secara janji temu sahaja serta tertaklik kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa kaunter perkhidmatan kerajaan.

Setelah pangkalan data BPR dikemas kini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada bulan Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3).

Baca juga:   KKM lulus permohonan tempoh jangka hayat vaksin

Pemohon rayuan BPR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my) bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Tengku Zafrul memberitahu, bagi tahun 2021, kerajaan telah mengemas kini data golongan B40 yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Baca juga:   Rangkaian 5G: Kenyataan Zahidi tidak tepat - Tengku Zafrul

Beliau menambah, setakat ini, RM4.6 billion bantuan BPR telah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima B40 seluruh negara pada bulan Februari hingga Mac dan Mei 2021.

“Bayaran Fasa 3 sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuat pada bulan September 2021,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, kerajaan sedar bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BPR tetapi masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data kerajaan.

“Seperti diumumkan dalam Program PEMERKASA+ pada 31 Mei 2021, kerajaan telah memperkenalkan BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada.

“Pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata, bagi tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM9.1 bilion untuk BPR secara keseluruhan. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan