28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

PEMULIH inisiatif dengar denyut nadi rakyat – CUEPACS

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai inisiatif yang mendengar denyut nadi serta suara hati rakyat yang begitu terkesan dengan masalah kewangan dan kehilangan punca pendapatan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat berkata, pembentangan pakej bernilai RM150 bilion itu secara jelas menunjukkan tiada pihak yang terpinggir dan tertinggal termasuk golongan B40, M40 serta T20.

Menurut beliau, antara perkara yang menggembirakan rakyat adalah pelaksanaan moratorium pinjaman selama enam bulan kepada semua individu tanpa syarat membolehkan rakyat merancang semula kewangan keluarga masing-masing tanpa perlu bimbang dikejar oleh pihak bank.

“Begitu juga dengan lebih banyak bantuan kewangan secara terus oleh kerajaan melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang baru diperkenalkan serta Bantuan Kehilangan Pendapatan.

“Semua pakej ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dengan masalah dialami rakyat akibat terkesan dengan wabak COVID-19, yang mana ia juga dirasakan merupakan perangsang untuk ekonomi berkembang semula.

“Tiada lagi pihak yang tertinggal atau merasakan diri mereka tersisih kerana semua peringkat rakyat telah disantuni melalui pakej perlindungan kali ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan PEMULIH yang memberi tumpuan bantuan menyeluruh kepada rakyat dengan memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu meneruskan keprihatinan rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi.

Advertisements

Adnan menambah, CUEPACS berharap pelan pemulihan negara yang diumumkan kerajaan sebelum ini dapat bergerak secara seiring dengan pakej rangsangan yang diumumkan hari ini supaya ia memberi impak yang diharapkan oleh semua pihak.

Beliay memberitatahu, situasi pandemik yang dihadapi ketika ini perlu dipulihkan segera supaya setiap pakej rangsangan memberi impak kepada pemulihan semula ekonomi dan kehidupan rakyat.

“Pada masa yang sama, CUEPACS juga berharap semua rakyat dapat memberikan kerjasama menjayakan program vaksinasi kerana ia merupakan langkah terakhir untuk memastikan negara dapat keluar dari kemelut pandemik ketika ini.

“Kejayaan program ini sudah tentu menjadi pemangkin kepada kejayaan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan yang dilaksanakan kerajaan sepanjang pandemik ini berlangsung.

“Jika kita terus bergelut dengan pandemik ini dalam jangka yang panjang, sudah tentu segala usaha dan pakej bantuan yang diberikan kerajaan selama ini hanya seperti mencurah air ke dalam daun keladi.

“Terus kekal menjaga prosedur operasi standard (SOP) kendiri bagi memutuskan rantaian jangkitan kerana ia merupakan satu-satunya ‘vaksin’ paling berkesan,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan