27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 4, 2022

MAHAR salur dana sumbangan ARMADA untuk Palestin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Malaysia (MAHAR) telah menerima peruntukan sebanyak RM100,000 daripada Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) bagi merancakkan lagi program bantuan kepada rakyat Palestin.

Dana tersebut akan digunakan untuk bahan binaan dan kemudahan awam serta penyaluran bantuan perubatan, barangan keperluan harian dan makanan kepada rakyat Palestin yang terjejas di Tebing Barat dan Gaza.

MAHAR akan meneruskan usaha menyalurkan bantuan dan sumbangan secara mingguan dengan memberi keutamaan kepada barangan yang amat diperlukan oleh penerima.

Setakat ini, MAHAR telah melaksanakan tiga program bantuan kecemasan di Palestin sejak 15 Mei lalu dengan memanfaatkan lebih 500 keluarga di Gaza.

Gambar: MAHAR

Pengerusi MAHAR, Jismi Johari berkata, pertubuhan itu menghargai sokongan yang diterima dalam kempen tersebut sekali gus membolehkan bantuan diberikan kepada mereka yang memerlukan khususnya dari segi membina semula kehidupan rakyat Palestin.

“Kami mengalu-alukan penyertaan lebih banyak pihak dalam kempen ini kerana kami percaya bahawa perjuangan rakyat Palestin adalah isu kemanusiaan dan ia menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang mereka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Baca juga:   Zionis 'ketagih' rampas tanah penduduk Palestin, bina penempatan haram Yahudi

Sementara itu, Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberitahu, situasi semasa di Palestin telah menarik perhatian seluruh masyarakat antarabangsa.

Beliau menambah, adalah menyedihkan untuk melihat rakyat Palestin hidup menderita akibat penindasan.

“Adalah penting bagi semua pihak khususnya umat Islam untuk membantu rakyat Palestin.

Baca juga:   Zionis 'ketagih' rampas tanah penduduk Palestin, bina penempatan haram Yahudi

“Kami berharap dana yang disalurkan akan membantu mereka mengharungi masa yang sukar ini,” jelasnya.

Kutipan dana diterajui oleh IKHLAS melalui kempen ‘IKHLAS untuk Palestin’.

Mereka yang berminat untuk menderma boleh berbuat demikian melalui laman sesawang ikhlas.com atau aplikasi IKHLAS yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store atau Google Play Store.

Keseluruhan dana yang dikumpul melalui kempen tersebut akan disalurkan kepada golongan yang terjejas di Palestin.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini dan inisiatif lain, sila kunjung laman media sosial Instagram @mahar.relief dan @ikhlasdotcom serta Facebook Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) dan IKHLAS. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Malaysia komited kekal ahli majlis ICAO untuk penggal keenam

MALAYSIA meletakkan harapan tinggi untuk kekal mempertahankan kerusi ahli majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di bawah Kategori III...

Lagi Artikel Berkaitan