25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 17, 2021

Kenyataan Takiyuddin menghina jawatankuasa bebas – Noh

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan merupakan satu penghinaan terhadap Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang ditubuhkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tan Sri Noh Omar yang merupakan salah seorang ahli jawatan kuasa itu berkata, jika Yang di-Pertuan Agong bertindak untuk menyambung atau menamatkan darurat atas nasihat Kabinet, apa guna kerajaan melantik jawatan kuasa tersebut?

“Bagi saya ini satu penghinaan kepada saya sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agung.

“Kalau Yang di-Pertuan Agung bertindak untuk sambung atau tamatkan darurat atas nasihat Kabinet, soalan saya kepada Menteri kenapa melantik kami dan sekarang menafikan peranan kami semua?” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Takiyuddin berkata, Jemaah Menteri bertanggungjawab untuk meneruskan peranannya menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku ketua negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat.

Beliau berkata, ini selaras dengan tanggungjawab serta teras dasar kerajaan memfokuskan langkah khusus dan tepat bagi mencegah, memerangi serta mengurangkan risiko kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat secara efektif.

Baca juga:   Darurat di Batu Sapi: Kehidupan rakyat tak terjejas - PM

Sehubungan itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang menuntut penjelasan Takiyuddin berhubung kenyataan beliau tersebut kerana ia boleh mengelirukan rakyat.

“Adakah Menteri merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri mengenai peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat? Saya minta Menteri jelaskan apa sebenarnya peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ini.

Baca juga:   Muafakat Nasional wadah rundingan agihan kerusi tiga parti Melayu

“Mengapa menteri-menteri PN (Perikatan Nasional) suka buat kenyataan yang bercanggah dan flip-flop yang boleh mengelirukan rakyat?” katanya dengan nada kesal.

Noh berkata, ini mungkin kerana Parlimen tidak dibenar bersidanh maka tidak ada semak dan imbang sehingga menteri-menteri boleh membuat keputusan sesuka hati.

Katanya, sebelum ini seorang menteri dan tutup pintau depan tetapi ada menteri lain yang membuka pintu belakang mengakibatkan jumlah mangea Covid-19 semakin bertambah dan tempoha Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung dua minggu lagi.

Sebelum ini Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said turut membidas Takiyuddin yang menganggap Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak seharusnya “mengalihkan tiang gol” ketika darurat hampir berakhir.

“Sekiranya demikian, apa gunanya membentuk Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati Yang di Pertuan Agong di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat 2021?

“Berhenti mengalihkan tiang gol!” katanya dalam ciapan menerusi Twitternya, semalam.

Membalas ciapan tersebut, Takiyuddin berkata, tiada siapa yang mengalihkan tiang gol sebaliknya hanya memperbetulkan peraturan permainan bagi membantu pengadil membuat pengadilan yang betul.

Baca juga:   Kerajaan jamin Undi 18 dilaksana dalam tempoh terdekat

“Tiada siapa yang alih tiang gol, yang dibuat adalah betulkan Peraturan Permainan supaya membantu referee (pengadil) buat pengadilan yang betul.

Baca juga:   Polis lepas 2 tembakan henti lori dipandu secara berbahaya

To achieve goals does not mean to change the goal post” (Untuk mencipta jaringan gol tidak bermakna mengalihkan tiang gol),” ciapnya menerusi Twitter. – Edisi 9

Terkini

JKM bantu 4,422 murid kematian ibu, bapa akibat Covid-19

CYBERJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membantu seramai 4,422 murid kematian waris akibat pandemik tersebut sehingga rekod Isnin...

Lagi Artikel Berkaitan