27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

FAM perhalusi tawaran TMJ bantu urus skuad kebangsaan

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memperhalusi cadangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membantu menguruskan skuad kebangsaan dan membaiki prestasi mereka.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beliau menjunjung kasih cadangan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dan mengambil maklum mengenainya.

“Walau bagaimanapun, perkara tersebut perlu diperhalusi sebaiknya kerana FAM sebagai badan induk bola sepak negara mempunyai tatacara, prosedur, peraturan serta mesyuarat tertentu sebelum membuat sesuatu keputusan atau ketetapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa hari lalu Tunku Ismail yang juga bekas Presiden FAM ada menawarkan diri membantu persatuan itu untuk meningkatkan persembahan skuad Harimau Malaya.

Perkara itu dinyatakan Tunku Ismail menerusi kenyataan ringkas dalam ruangan Insta Story di laman akaun Instagram miliknya 14 Jun lalu.

“Kepada Presiden FAM, izinkan saya untuk memikul tugas dalam skuad kebangsaan. Saya akan sediakan mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik.

“Saya tidak boleh menjanjikan kejayaan segera kepada anda. Tetapi saya dapat memberi jaminan mengenai peningkatan (prestasi pasukan),” katanya beliau.

Skuad Harimau Malaya baru pulang dari mengikuti baki perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan membawa pulang 3 mata daripada tiga perlawanan.

Dalam aksi di Dubai, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), skuad kendalian Tan Cheng Hoe tewas 0-4 kepada tuan rumah, kalah kepada Vietnam 1-2 sebelum menang tipis ke atas Thailand 1-0.

Baca juga:   SOP tetap dilaksanakan dalam kawalan pergerakan rentas negeri
Baca juga:   Didenda RM4,000 muat naik ugut tembak, rogol dalam TikTok

Kedua-dua gol milik Malaysia dijaringkan menerusi sepakan penalti masing-masing menerusi pemain naturalisasi dari Brazil, Guilherme de Paula dan Safawi Rasid.

Dalam aksi pemanas badan pula, Harimau Malaya tewas kepada Kuwait 1-4 sebelum kecundang di tangan Bahrain 1-2 dalam aski persahabatan Tier A di Manama.

Mengenai pemain naturalisasi, Hamidin berkata, beliau telah mengarahkan sekretariat FAM untuk membawa isu tersebut dalam perbincangan antara Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM, Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan FAM serta Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee.

“Ini bagi mengkaji tentang keberkesanan program pemain naturalisasi ini,” katanya.

Dalam aksi di Dubai tersebut, para peminat dan penyokong di tanah air tidak berpuas hati dengan prestasi ketiga-tiga pemain naturalisasi yang dibawa Cheng Hoe.

Paling teruk dikritik ialah persembahan de Paula namun pemain itu tetap diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih untuk beraksi penuh dalam ketiga-tiga perlawanan penting tersebut.

Dua lagi pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi yang persembhana mereka dianggap sederhana dan tidak mencapai tahap sebagai pemain import.

Hamidin berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan penuh ‘post-mortem’ daripada Cheng Hoe tentang persembahan Harimau Malaya sepanjang pusingan pertama dan kedua Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia tersebut.

Pada masa yang sama, katanya, akan mendapatkan laporan mengenai persediaan awal pasukan bagi menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal bermula pada Februari 2022 untuk dibincangkan dan diperhalusi dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang akan datang.

Baca juga:   Didenda RM4,000 muat naik ugut tembak, rogol dalam TikTok
Baca juga:   Cucu Mahathir 'malu sendiri' persoal sumber kekayaan TMJ

“Kesemua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan ini kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk dimuktamadkan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Lawat ADNOC cari peluang kerjasama Petronas – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melawat Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) bagi mencari peluang kerjasama antara...

Lagi Artikel Berkaitan