26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Dion sah sarung jersi Harimau Malaya, perkuat team TCH

Mesti Baca

PEMAIN kacukan Malaysia-Belgium, Dion Johan Cools sah menyertai skuad Harimau Malaya bagi menghadapi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

Pemain pertahan kelab FC Midtylland, Denmark itu telah melepasi segala proses dokumentasi di peringkat FIFA dan AFC, sekali gus melayakkannya menyertai negara kelahirannya buat kali pertama.

Presidena Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika mengesahkan perkara itu berkata, segala urusan mengenai status kelayakannya, pendaftaran dan lain-lain telah selesai.

“Alhamdulillah, pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools telah bersama pasukan di Dubai, UAE, hari ini dan secara rasmi sah diumum sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya,” umum Hamidin menerusi Facebook FAM sebentar tadi.

Sebetulnya khabar mengenai penyertaan Dion dalam skuad bimbingan Tan Cheng Hoe sudah bertiup kencang sejak seminggu lalu apabila pemain kelahiran Kuching, Sarawak itu disenarai antara pemain yang mendapat pelepasan kelabnya.

Menerusi kenyataan rasmi kelab yang beraksi di liga utama Denmark itu menyatakan bahawa Cools antara 16 pemain dipanggil bagi mewakili pasukan negara dalam perlawanan kelayakan ataupun perlawanan persahabatan.

Ibu Dion berasal dari Malaysia manakala bapanya orang Belgium. Dia pernah beraksi sebanyak 28 kali untuk skuad belia Belgium sebelum ini.

Berdasarkan rekod, pemain berusia 24 tahun itu pernah beraksi bersama dua kelab di Liga Jupiler PRO iaitu OH Leuven dan Club Brugge selama lima setengah musim sebelum berhijrah ke FC Midtylland.

Pemain yang beraksi di pertahanan kanan itu bukan sahaja bermain dengan kelab naib juara Liga Denmark tetapi hampir pasti mencatatkan nama sebagai pemain berasal dari Malaysia pertama beraksi di pentas Liga Juara-Juara.

Semalam Hamidin menerusi satu klip video mengumumkan ketibaan pemain ke-26 negara tetapi tidak menyatakan nama pemain terbabit namun para peminat bola sepak tanah air sudah menduga bahawa pemain terbabit adalah Cools.

Malah tersebar juga ciapan Dion dalam media sosial sebelum ini menyatakan bahawa dia sudahpun tiba di Dubai beberapa hari lalu.

Hamidin berkata, dengan kehadiran Dion diharap dapat memberi nilai tambah serta memperkasakan lagi pasukan Harimau Malaya bagi menghadapi UAE pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

“Harapan saya kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penyokong setia Harimau Malaya, doakan pasukan kita ini untuk beroleh kejayaan. Amin,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan