24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Zamri dilantik Pengarah Cawangan Khas yang baharu

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya dilantik Pengarah Cawangan Khas yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, menggantikan Datuk Zainal Abidin Kassim yang dilantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) manakala Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

Zamri, 53, berasal dari Kota Bharu, Kelantan sudah berkhidmat selama 28 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memulakan tugas sebagai Pegawai Turus E1/E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 22 April 1987.

Zamri pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di Cawangan Khas di Melaka, Pahang dan Bukit Aman sebelum dinaikkan pangkat ke Deputi Komisioner Polis (DCP) sebagai Timbalan Pengarah E1(M) Cawangan Khas Bukit Aman pada 14 Disember 2010 dan kemudian menjadi Ketua Polis Kedah.

Beliau antara tujuh pengarah baharu bagi jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diumumkan dalam pertukaran melibatkan 61 pegawai pasukan itu.

Selain itu, Komisioner Polis (CP) Pentadbiran Jabatan Pengurusan Datuk Zaini Jass dilantik Pengarah Pengurusan Bukit Aman bagi mengisi jawatan ditinggalkan Ramli.

Advertisements

Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan) Datuk Azri Ahmad sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard manakala Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Mohd Kamarudin Md Din sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Dalam satu kenyataan malam tadı, Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Superintendan A.Skandarguru berkata, selain mereka, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JPST) Datuk Azisman Alias masih kekal memegang jawatan itu namun beliau memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Timbalan Pengarah JKDNKA (Pasukan Gerakan Khas) Datuk Mastor Mohd Ariff dilantik sebagai Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan) dengan memangku pangkat CP manakala Setiausaha PDRM Datuk Ramli Mohamed Yoosuf sebagai Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat CP.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat CP dan Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa sebagai Ketua Polis Terengganu dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

Selain itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan dilantik sebagai Setiausaha PDRM dengan memangku pangkat Timbalan Komisioner. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan