30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

GKP ditambah RM1,500, manfaat bagi 1 juta PKS

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kadar Geran Khas Prihatin (GKP) akan ditambah sebanyak RM500 kepada RM1,500, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.

Perkara itu merupakan Matlamat Ketiga iaitu Menyokong Kelangsungan yang terkandung dalam Program Bantuan Pemerkasa Tambahan atau Pemerkasa Plus yang diumumkan oleh Perdana Menteri malam ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Melalui pelaksanaan tersebut, hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima RM1,000 pada pertengahan bulan Jun dan RM500 lagi akan disalurkan pada bulan Julai.

Berikutan langkah kerajaan masih membenarkan operasi jual-beli peniaga kecil, penjaja jalanan dan termasuk perusahaan mikro.

Jika para peniaga ingin mendapatkan pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak RM1.5 bilion disediakan bagi sepanjang tahun ini oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3 peratus.

Bagi membantu aliran tunai syarikat dan PKS, institusi perbankan akan terus menawarkan kemudahan pembiayaan dan pinjaman.

Dana institusi perbankan telah dimantapkan lagi melalui pelbagai fasiliti pinjaman mudah PKS pembiayaan BNM yang masih berbaki RM5 bilion.

Untuk menyokong lagi PKS, BNM akan menambah fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion.

Dengan itu, jumlah dana pinjaman untuk PKS dengan kadar pinjaman serendah 3.5 peratus yang masih tersedia adalah sebanyak RM7 bilion.

  • One-Off untuk pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah

Bagi mengurangkan pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah. Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada 17,000 pemandu pelancong, 40,000 pemandu teksi, 11,000 pemandu bas sekolah, 4,000 bas persiaran dan 62,000 rpemandu kereta sewa dan e-hailing.

Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima berdaftar pada bulan Julai. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan