24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

1,121 aduan majikan halang pekerja kerja dari rumah

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah menerima sebanyak 1,121 aduan berkaitan majikan yang tidak membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah mulai 23 Mei hingga semalam.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, semua aduan tersebut diterima melalui aplikasi Working For Workers (WFW).

Menurut beliau, pegawai penguat kuasa JTKSM dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah diberikan kuasa mengkompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) oleh Kementerian Kesihatan berkuat kuasa 1 Jun 2021.

“Langkah ini bertujuan untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berhubung keperluan 40 peratus pekerja sektor swasta untuk BDR.

“Mana-mana syarikat atau premis yang didapati tidak mematuhi arahan BDR yang terkini serta berlaku pelanggaran prosedur operasi standard SOP akan diarahkan tutup serta-merta selama tujuh hari dan dikompaun maksimum RM50,000,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Saravanan memberitahu, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan ketara jumlah aduan yang diterima melalui aplikasi WFW berhubung majikan yang tidak membenarkan pekerja untuk BDR.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, bagi tempoh 3 Mei sehingga semalam, aplikasi WFW telah menerima sejumlah 1,767 aduan bagi 16 kategori lain.

Advertisements

“Daripada jumlah ini, aduan membabitkan gaji tidak dibayar dan pembayaran gaji lewat adalah sebanyak 260 kes, pembuangan kerja tanpa notis (73 kes), tiada pembayaran lebih masa dan faedah pemberhentian (68 kes) dan lain-lain,” jelasnya.

Saravanan menambah, negeri yang merekodkan paling banyak jumlah aduan sehingga kini adalah Selangor (580 kes), Kuala Lumpur (511 kes), Johor (223 kes), dan Pulau Pinang (134 kes).

Beliau juga menggesa semua majikan untuk mematuhi dan memberikan kerjasama sepenuhnya SOP yang ditetapkan oleh kerajaan terutamanya dalam tempoh yang kritikal ini.

“Ini kerana usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 memerlukan sokongan semua pihak termasuk majikan dan pekerja,” katanya.

Saravanan berkata, KSM juga komited dalam memastikan hak dan kebajikan pekerja terus terpelihara di samping mengambil tindakan segera ke atas isu-isu perburuhan yang dihadapi oleh golongan pekerja.

“Para pekerja dinasihatkan untuk terus menyalurkan aduan dan permasalahan yang dihadapi melalui aplikasi WFW dan mengamalkan kawalan kendiri bagi membendung penularan wabak COVID-19,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan