25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Tanpa PKP penuh, sistem kesihatan boleh lumpuh – Adham

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) sepenuhnya yang berkuatkuasa pada Selasa lalu bagi mengelakkan sistem perkhidmatan kesihatan negara lumpuh menjelang 5 Jun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jangkitan harian semakin meruncing, mencecah 9,020 kes pada 29 Mei lalu.

Sehubungan itu, katanya, keputusan tuntas dengan mengumumkan perintah sekatan pergerakan menyeluruh perlu dibuat kerajaan bagi membendung risiko perkhidmatan kesihatan daripada lumpuh.

“Kita bentangkan pelan kontingensi dan pengurusan COVID-19 sejak awal Mei apabila kadar kebolehjangkitan atau Rt mula meningkat, sekitar 1.1 hingga 1.2.

“Oleh itu, kita cadangkan kerajaan mengumumkan PKP 3.0 pada 12 Mei lalu, bagi mengawal penularan jangkitan yang berpunca daripada 60 peratus kes sporadik dan 40 peratus kes berkaitan kluster.

“Pada 25 Mei, kita putuskan PKP dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan selepas melihat nilai Rt mengikut unjuran model kes sudah melepasi 1.2 dan semakin meningkat.

Baca juga:   Tahanan lari dari depot sudah sampai ke Selayang - JIM

“Selain itu, kita berdepan kebimbangan peningkatan penularan jangkitan yang berpunca daripada pelbagai varian baharu, iaitu Afrika Selatan, United Kingdom, India dan Nigeria,” katanya di sini.

Dr Adham berkata, mengikut penilaian Kementerian Kesihatan (KKM), kapasiti hospital berdasarkan bilangan kes harian COVID-19 pada asasnya diukur berdasarkan empat tahap.

Beliau menjelaskan, tahap pertama ialah apabila jumlah purata jangkitan dalam tempoh tujuh hari kurang 4,000 kes, sekali gus meletakkan kapasiti perkhidmatan hospital ketika itu di tahap optimum.

Baca juga:   Jangkitan positif baharu COVID-19 turun 6,999 kes

“Kapasiti perkhidmatan hospital menjadi terhad dan bertukar kepada tahap kedua, apabila jumlah purata jangkitan dalam tempoh tujuh hari meningkat kepada lingkungan 4,000 hingga 8,000 kes.

“Lebih membimbangkan apabila kapasiti perkhidmatan hospital di ambang lumpuh, iaitu tahap ketiga ketika jumlah purata jangkitan dalam tempoh tujuh hari meningkat kepada lingkungan 8,001 hingga 13,000 kes,” katanya.

Oleh kerana Malaysia kata beliau pernah berada di tahap itu susulan peningkatan kes melangkaui 9,000 sebelum ini, kerajaan perlu melakukan keputusan penting dan tindakan pembendungan berkesan bagi mengelak situasi terburuk.

“Tahap keempat yang seboleh-bolehnya ingin dielak ialah apabila kapasiti perkhidmatan hospital menjadi lumpuh, dengan purata kes dalam tempoh tujuh hari melepasi paras 13,000 kes,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan