28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

‘Sudah vaksin masih kena Covid’ cetus tanggapan mengelirukan

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh DR QUTRUNNADA DARWINDA

“SUDAH vaksin tapi masih kena Covid, apa guna vaksin” atau “ramai juga yang kembali sihat setelah dijangkiti (tanpa vaksin).”

Nampaknya kenyataan sedemikian yang bukan sahaja timbul sebagai tajuk berita media tetapi juga muncul dalam perspektif segelintir individu, menjadi antara punca kenapa ada yang menolak vaksin Covid-19.

Jangan silap. Kenyataan di atas boleh membuat seseorang yang tadinya bersedia divaksin berubah fikiran.

Anda perlu tahu bahawa peranan vaksin bukan membuat penerima tidak dijangkiti tetapi menjadikan tubuh badan penerima vaksin memiliki imuniti atau ketahanan yang lebih kuat terhadap serangan virus, sehingga tidak menimbulkan atau mengurangi simptom teruk yg boleh membawa mudarat.

Secara teorinya, jika seseorang sudah terkena jangkitan, tubuh akan menghasilkan “antibodi semulajadi” yang mana antibodi semulajadi ini merupakan zat protein yang berperanan untuk melawan dan mencegah virus atau patogen serupa daripada menjangkiti tubuh pada masa akan datang.

Bagaimanapun, perlu diketahui tahap kekebalan atau antibodi adalah berbeza bagi setiap individu yang pernah dijangkiti virus COVID-19.

Memang sehingga kini, pakar kesihatan juga belum dapat mengetahui kemungkinan bahawa manusia bakal menjadi kebal terhadap COVID-19 setelah dijangkiti.

Walaupun sebilangan besar pesakit COVID-19 yang telah pulih memiliki antibodi terhadap virus tetapi, berapa lama antibodi semulajadi itu boleh kekal bertahan masih menjadi tanda tanya.

Banyak laporan menunjukkan ramai individu berpotensi mendapat jangkitan semula.

Justeru, pemberian vaksin kepada individu yang pernah dijangkiti COVID-19 ini menjadi sesuatu yang sangat perlu atau wajar dilakukan bagi mengelak jangkitan berulang dengan simptom yang lebih berat akan menyerang individu yang pernah dijangkiti.

Selain bersama membendung jangkitan dengan duduk di rumah dalam menyahut arahan lockdown penuh kerajaan, kita juga perlu jaga prosedur operasi standard (SOP) dan patuhi norma baharu.

Ubahlah dan fahamilah maksud dan pentingnya vaksin untuk masa depan kita. Cukuplah membuat andaian sendiri tanpa merujuk kepada mereka yang pakar.

Diharap pihak media juga akan lebih bijak tiap kali memilih tajuk berita agar lebih mendidik dan memotivasi masyarakat.

  • Penulis adalah pembaca Edisi 9. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan