25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Ada salah faham dengan kenyataan CITF – MB Selangor

Mesti Baca

CYBERJAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, wujud salah faham dalam kenyataan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) berhubung Selangkah, semalam.

Sehubungan itu, Amirudin berkata, beliau akan bertemu dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berhubung perkara tersebut.

“Saya baru berkomunikasi dengan Khairy Jamaluddin tentang kenyataan CITF dan Selangkah, terdapat salah faham dalam kenyataan semalam.

“Esok beliau undang saya untuk bertemu bagi selaras gerak kerja yang lebih padu di hari muka. Benda boleh bincang kenapa nak ‘war’ (perang) di media,” katanya menerusi ciapan di twitternya hari ini.

Bagaimanapun Amirudin tidak menjelaskan ‘salah faham’ yang dimaksudkan.

Semalam, CITF berkata, terdapat pihak lain yang menempah slot vaksin AstraZeneca dalam jumlah yang besar bagi individu lain tanpa persetujuan individu terbabit

Badan itu berkata, selepas semakan didapati slot vaksin tersebut telah ditempah menerusi beberapa alamat Internet Protokol (IP) yang sama dan menghubungi Selangkah, yang merupakan antara pihak yang telah membuat tempahan slot dalam jumlah yang besar.

Baca juga:   Banjir: 7 meninggal dunia, seorang masih hilang di Selangor

Rabu lalu, CITF membuka tawaran orang ramai untuk mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela buat kali kedua, namun tempahan habis dalam tempoh tidak sampai sejam.

Tempahan itu dibuka untuk penduduk berusia 18 tahun ke atas yang tinggal di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri di Sarawak bermula pukul 12 tengah hari.

Baca juga:   Vida mengaku tak bersalah muat naik video sumbang

Ekoran itu, ramai yang kecewa kerana tidak dapat mendaftar ekoran berlaku gangguan pada pelayan tetapi sebaliknya ada juga individu yang diterima pendaftrannya walaupun tidak membuat tempahan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

2 individu ditangkap gaduh guna rantai besi, parang depan kilang

DUA individu ditangkap polis semalam membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan di hadapan sebuah kilang makanan laut di Sepanggar, Kota...

Lagi Artikel Berkaitan