24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pihak berkuasa agama main peranan tingkat kesedaran vaksin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pihak berkuasa agama di negeri-negeri perlu memainkan lebih peranan dengan memperbanyakkan program kesedaran kepada masyarakat berhubung kepentingan pengambilan vaksin COVID-19.

Itu antara perkara yang ditekankan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Ke-68 pagi tadi, antara lain bagi menyokong program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang berlangsung.

Mesyuarat yang diadakan secara persidangan video itu dihadiri oleh ketua-ketua kerajaan negeri serta ahli-ahli lantikan oleh Yang Di-Pertuan Agong.

“Saya tegaskan usaha mempromosikan galakan pengambilan imunisasi ini seharusnya tidak terhad kepada kerajaan Persekutuan dan negeri sahaja memandangkan masih ramai dalam kalangan masyarakat umum tidak mendapat maklumat tepat mengenai keperluan mengambil vaksin.

Advertisements

“Saya berharap masyarakat mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya bahawa keputusan kerajaan dalam isu vaksin adalah berpandukan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020, bahawa hukum mengenai penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Muhyiddin Yassin
Gambar: Facebook Muhyiddin Yassin

Beliau menambah, keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI itu juga telah disembah maklum dan mendapat perkenan dari Majlis Raja-Raja pada 4 Januari 2021.

“Dalam hal ini, saya berharap pihak berkuasa agama menggunakan semua platform yang ada menguar-uarkan berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan bagi memastikan kadar peningkatan kes harian pandemik ini menjadi semakin tidak terkawal sebagaimana di beberapa negara lain,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan