25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

Lebuh raya keluar dari ibu kota sesak, Dr Noor Hisham bimbang

Mesti Baca

CYBERJAYA – Keadaan lebuh-lebuh raya menghala keluar dari ibu negara yang sesak hari ini mencetuskan kebimbangan wujud gerakan ‘pulang kampung’ oleh warga kota berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh mulai 1 hingga 14 Jun ini.

Berdasarkan gambar yang tular menerusi media sosial hari ini, kesesakan teruk dikatakan berlaku di Plaza Tol Gombak menghala ke timur serta Plaza Tol Sungai Besi arah ke selatan.

Padahal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dilaksanakan sekarang, orang ramai tidak dibenarkan merentas daerah dan negeri bagi mengelak penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang terkejut dengan keadaan itu menggesa orang ramai tidak membawa jangkitan wabak Covid-19 dari satu kawasan ke kawasan lain.

“Ke manakah arah tujuan anda pada hujung minggu ini? Pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri telah dikeluarkan.

“Membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke satu kawasan lain tidak akan membantu dalam usaha kita untuk membendung penularan jangkitan virus COVID-19. Duduklah di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Baca juga:   Wan Saiful mohon letak jawatan Ketua Penerangan Bersatu

Dr Noor Hisham merayu orang ramai agar membantu menyelamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya peningkatan kes Covid-19 tidak terkawal.

“Sekiranya kami rebah, anda dan ahli keluarga anda mungkin tidak akan menerima rawatan kesihatan yang sebaiknya. Jika lebih malang, tiada lagi katil untuk anda di hospital.

Baca juga:   Mat Kilau dan pengikut berkubu sehingga ke Dungun

“Apatah lagi jika anda tenat dan kritikal tetapi katil ICU (unit rawatan rapi) sudah penuh semuanya. Petugas barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda,” katanya.

Semalam, sebanyak 8,290 kes baharu Covid-19 dicatatkan di seluruh negara menjadikannya tertinggi pernah direkodkan sejak wabak tersebut menular di negara ini sejak awal tahun lalu.

Jumlah itu menjadikan secara keseluruhan, sebanyak 549,514 kes jangkitan positif baharu COVID-19 dikesan sejak pandemik COVID-19 melanda Malaysia.

Ekoran itu, kerajaan mengumumkan PKP penuh (total lockdown) di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun bagi fasa pertama dan semua aktiviti ekonomi serta sosial tidak dibenarkan kecuali ekonomi perlu.

Sementara itu, berdasarkan Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan berlaku kesesakan trafik di kedua-dua plaza tol tersebut kira-kira pukul 11 pagi ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

MOU PKNS, Samsung beri nilai tambah kepada pembeli

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi memberikan nilai tambah kepada pembeli hartanahnya. Ketua Pegawai...

Lagi Artikel Berkaitan