30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

JDT dapat khidmat bekas pertahanan Leeds United

Mesti Baca

KELAB bola sepak paling berjaya, Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat khidmat bekas pemain Leeds United dari Australia, Shane Lowry secara pemindahan percuma.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi satu kenyataan ringkas menerusi Facebook Johor Southern Tiger hari ini.

Lowry, 31, pemain kelahiran Perth dari keluarga Ireland itu pernah mewakili pasukan remaja bawah 17 dan 21 tahun Republik Ireland sebelum mengambil keputusan kembali ke Australia sebagai pemain senior.

Pemain itu pernah beberapa kali dipanggil menyertai pasukan senior Australia termasuk Piala Dunia 2010 tetapi tidak pernah berpeluang beraksi dalam kesebelasan utama.

Pemain pertahanan itu itu sebelum ini bersama kelab Al-Ahli dari Qatar Stars League. Selain Leeds United, beliau juga telah bermain dengan beberapa kelab Inggeris lain termasuk Aston Villa, Sheffield United, Milwall dan Leyton Orient.

Pemain pertahanan itu juga pernah bersama Perth Glory dalam saingan A-League sebelum meninggalkan kelab tersebut untuk menyertai Al Ahli dari tahun 2019 sehingga kini.

Sementara itu pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, mengikut perancangan, Lowry akan bergandingan dengan Mauricio Nascimento, seorang lagi pemain import di bahagian pertahanan Harimau Selatan itu menghadapi Liga Juara-juara Asia (ACL).

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

“Apabila liga (Liga Super) bermula dia ‘back up’ Mauricio jikalau ada apa-apa berlaku atau kecederaan kita masih ada pertahanan import. Hong Wan dari Wolverhampton pula mengisi tempat Haris Harun sebagai tempatan,” katanya seperti dilapor Vocketfc.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail mendedahkan pemain dari Argentina, Gonzalo Cabrera bakan menjadi pemain naturalisasi mulai tahun depan, namun tidak dinyatakan dengan lengkap.

“Gonza (Gonzalo) tahun depan pemain tempatan. Kita ada lagi seorang pertahanan Sepanyol dari La Liga dengan pasport Asia pada Disember ini. Untuk maklumat lebih Alistair Edwards akan maklum kepada penyokong,” kata beliau. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan