28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Ismail Sabri bawa cadangan agar laksana ‘total lockdown’?

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Apakah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membawa cadangan agar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown sepertimana didesak oleh partinya, UMNO?

Itulah yang menjadi pertanyaan apabila Menteri Kanan Keselamatan itu membuat kenyataan “saya dah bawa cadangan ini ke atas” sepertimana dinyatakan menerusi Facebooknya hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau mengambil maklum bilangan kes Covid-19 yang meningkat mendadak hari ini dan langkah segera perlu diambil.

“Saya ambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini.

“Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah, tapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.

“Saya dah bawa cadangan ini ke atas, doakan semoga ada sinar untuk semua,” kata Naib Presiden UMNO itu.

UMNO terus menekan kerajaan agar melaksanakan PKP penuh atau total lockdown 21 hari sejak beberapa hari lalu bagi menurunkan kes Covid-19 yang kini mencapai 8,000 kes.

Desakan-desakan itu disuarakan oleh hampir semua pemimpin tertinggi parti itu termasuk Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sementara, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar Ismail Sabri berhenti menjadi jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekiranya cadangan Ahli Parlimen Bera itu tidak didengari oleh kerajaan.

Katanya, adalah lebih baik memberi peluang kepada menteri kanan yang lain membuat kenyataan media menerusi televisyen setiap hari.

“Kalau dorang tak mahu dengar, sila henti jadi jurucakap MKN. Biar Menteri Tak HD pula keluar TV tiap-tiap hari,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu juga berharap MKN mengambil langkah lebih drastik kali ini setelah melihat peningkatan kes Covid-19 yang sudah menghampiri 10,000 kes sehari masa kini.

“Langkah lebih drastik diputuskan MKN kali ini bukan sekadar pendekkan waktu berniaga dari 8 malam ke 7 malam. Itu minor bug fixes untuk release update PKP 3.011 sahaja,” katanya dengan nada sinis. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan