32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 24, 2021

Fasa kedua BPR dibayar berperingkat mulai esok

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secara berperingkat mulai Jumaat ini kepada 8.4 juta penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata bantuan itu akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.

Bayaran akan dikreditkan terus kepada akaun bank penerima antara 7 hingga 12 Mei, sementara bayaran bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Mei.

Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai Jumaat ini melalui laman web bpr.hasil.gov.my.

“Peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima. Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baca juga:   Akhirnya... KWSP mansuhkan syarat pengeluaran i-Sinar

Tengku Zafrul berkata mereka yang telah ditolak permohonannya berpeluang mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) mulai 15 hingga 30 Jun.

BPR fasa satu berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Feb sehingga 1 April.

Setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung kerajaan merangkumi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dan BPR fasa satu dan dua yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion.

Baca juga:   MPN akan muktamadkan kelonggaran rakyat terima dua dos

Menurutnya kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Jadual nilai pembayaran BPR fasa dua mengikut kategori kelayakan dan maklumat lanjut boleh dirujuk di portal rasmi BPR. – Edisi 9

Terkini

37,144 remaja di Johor sudah menerima vaksin

JOHOR BAHRU - Seramai 37,144 remaja sudah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

Lagi Artikel Berkaitan