26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

BDR: Tahap produktiviti penjawat awam tetap terbaik

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Penjawat awam akan terus mengekalkan produktiviti kerja pada tahap yang terbaik terutamanya dalam perkara yang melibatkan perkhidmatan langsung kepada rakyat dan negara walaupun mereka bekerja dari rumah (BDR).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat berkata, sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan akan terus berjalan seperti biasa bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat diberikan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan setiap agensi kerajaan.

Menurut beliau, perkhidmatan penting kepada rakyat akan terus beroperasi seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) semasa yang telah ditetapkan kerajaan.

“Justeru, rakyat tidak perlu bimbang urusan mereka akan tergendala berikutan arahan terbaru oleh kerajaan ketika ini kerana setiap jabatan kerajaan tidak pernah berhenti berfungsi atau lumpuh dalam menjalankan perkhidmatan masing-masing,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mulai esok, sebanyak 80 peratus penjawat awam dan 40 peratus kakitangan sektor swasta akan memulakan pelaksanaan atau amalan BDR seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui SOP baharu Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Arahan tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan pergerakan dan aktiviti rakyat di luar rumah sekali gus mengekang penularan COVID-19.

Adnan memberitahu, CUEPACS juga berharap masyarakat tidak meletakkan persepsi buruk kepada penjawat awam kerana pelaksanaan BDR adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja Dari Rumah yang secara jelas memperincikan aspek-aspek perlu dipatuhi setiap penjawat awam.

Advertisements

Beliau menambah, setelah lebih setahun negara melaksanakan PKP, CUEPACS yakin penjawat awam tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing melalui amalan BDR yang telah ditambah baik dari semasa ke semasa.

“BDR telah pun menjadi amalan ketika PKP sebelum ini. CUEPACS yakin perkara ini boleh diadaptasi oleh penjawat dengan sebaik mungkin,” jelasnya.

Adnan berkata, walaupun apa jua keadaan, semua penjawat awam adalah tulang belakang dalam pentadbiran negara.

“Maka sudah pasti kita wajib menunjukkan cobtoh yang terbaik dalam mematuhi dasar-dasar yang diarahkan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Pada masa yang sama, CUEPACS berharap penjawat awam mematuhi arahan PKP dan peraturan semasa berkaitan BDR.

“Sebarang pelanggaran salah laku dalam pematuhan kepada BDR akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan semasa perkhidmatan awam. Penjawat awam tidak boleh berkompromi mengenai produktiviti,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan