30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Jangkitan baharu COVID-19 hampir cecah 7,000 kes

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jumlah kes harian jangkitan baharu COVID-19 semakin menghampiri 7,000 kes apabila sebanyak 6,976 kes dicatatkan di seluruh negara hari ini.

Angka itu juga merupakan yang tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik COVID-19 melanda Malaysia.

Berdasarkan maklumat terkini berhubung situasi COVID-19 yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Facebook, sebanyak 512,091 kes kumulatif dicatatkan setakat ini.

Selangor kekal sebagai negeri yang mempunyai kes baharu tertinggi dengan 2,235 kes hari ini diikuti Sarawak (663 kes), Kelantan (626 kes), Johor (549 kes), Kuala Lumpur (447 kes), Negeri Sembilan (434 kes) dan Kedah (422 kes).

Advertisements

Pulau Pinang pula mencatatkan sebanyak 372 kes baharu diikuti Perak (279 kes), Terengganu (266 kes), Pahang (263 kes), Melaka (209 kes) dan Sabah (136 kes).

Selain itu, Labuan mencatatkan 37 kes, diikuti Putrajaya (30 kes) dan Perlis (8 kes).

Selangor juga mempunyai jumlah kes terkumpul yang paling tinggi iaitu sebanyak 167,629 kes diikuti Sabah (60,378 kes), Johor (53,963 kes), Kuala Lumpur (53,639 kes), Sarawak (42,283 kes), Pulau Pinang (25,735 kes), Negeri Sembilan (22,704 kes) dan Kelantan (22,546 kes).

Perak pula mencatatkan sebanyak 18,549 kes terkumpul, Kedah (15,344 kes), Melaka (9,761 kes), Pahang (7,772 kes), Terengganu (6,967 kes), Labuan (2,711 kes), Putrajaya (1,674 kes) dan Perlis (436 kes). – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan