25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 17, 2021

Keputusan MT dibuat secara musyawarah demi parti, negara

Must Read

CYBERJAYA – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan, segala keputusan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti itu dalam mesyuaratnya semalam dibuat secara musyawarah dan penuh kebijaksanaan.

Katanya, dalam soal agenda parti, ia bukan dibuat atas pertimbangan kepentingan pemimpin atau ahli parti semata-mata, tetapi juga kerana percaya kepemimpinan UMNO adalah yang terbaik untuk Malaysia.

Apatah lagi dengan segala pembuatan dasar setelah melihat 22 bulan PH dan 14 bulan PN yang menimbulkan keresahan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Shahril itu dikeluarkan ketika pelbagai komen dalam media sosial menyatakan keputusan MT UMNO semalam adalah isu lama.

Antara yang diputus ialah mendesak sidang Parliman dan Dewan Undangan Negeri diadakan segera, mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat segala pendedahan kandungan buku tulisan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, My Story: Justice in The Wildnerness’ dan akan mendapat pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pendaftar Pertubuhan bagi membolehkan pemilihan parti diadakan.

Shahril berkata, dalam mesyuarat MT, ketetapan perhimpunan Agung UMNO dijulang dan hasrat untuk mengembalikan mandat kepada rakyat sejurus setelah situasi Covid-19 terkawal tetap menjadi keutamaan.

“Tetapi semua ini menjadi tergendala selagi Parlimen ditutup dan darurat menjadi penghalang kepada proses semak dan imbang. Jangankan soal membuktikan keabsahan majoriti kerajaan PN, sedangkan bersidang pun tidak.

“Jangankan hendak melulus perbelanjaan, sedangkan bersidang pun tidak. Jika ada hujah mahu mengadakan pilihanraya kelak sebagai jalan keluar dari kemelut politik, itupun tidak mampu berlaku selagi Parlimen tak bersidang dan darurat terpakai,” katanya.

Beliau berkata, UMNO percaya selagi demokrasi berparlimen tergendala, selagi prinsip akauntabiliti dikesampingkan, selagi itulah pelabur menjauhi, selagi itulah ekonomi hambar, akibat pembuatan dasar negara tidak terurus seperti sediakala.

“Sebarang ketetapan berkenaan kelangsungan pembabitan UMNO dalam Kerajaan PN pula akan diputuskan atas semangat musyawarah. Apabila keputusan itu diambil, MKT yakin bahawa semua ahli parti termasuk yang menjadi anggota Kerajaan hari ini akan mematuhinya, sekaligus mempamerkan kesatuan tindakan dalam parti,” katanya.

Shahril juga menyifatkan UMNO mengambil pendekatan komprehensif dan berhikmah apabila memeriksa segala sudut sebelum menetapkan sebarang tarikh.

“MKT memutuskan untuk mendapat panduan dari pihak berwajib berkenaan kaedah terbaik, mengambilkira kekangan SOP Covid-19,” katanya. – Edisi 9

Latest News

Korea Utara tarik diri: Malaysia rayu FIFA adil buat ketetapan

CYBERJAYA - Malaysia menghantar surat rayuan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung penarikan diri Korea Utara daripada kelayakan...

More Articles Like This