24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Undi 18: Jangan takut berdepan anak muda – Mas Ermieyati

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kita tidak perlu takut dengan pelaksanaan undi 18 tetapi sebaliknya harus berani berhadapan demuan semua peringkat umur dalam mendapatkan legitimasi pemerintahan melalui proses demokrasi.

Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, laluan kepada pemimpin muda seusia 18 tahun perlu dibuka seluas-luasnya dalam proses demokrasi.

Ini kerana, menurut Timbalan Menteri Pembagunan Usahawan dan Koperasi itu, pilihan raya adalah satu medan terbaik untuk generasi terbabit menentukan masa depan negara.

Berikut kenyataan penuh Ahli Parlimen Masjid Tanah tersebut:

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai pendaftaran Pemilih Automatik dan undi 18 tahun yang hanya akan dapat dilaksanakan seawal bulan September 2022.

Saya pasti pihak SPR telah berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan perkara tersebut namun atas sebab-sebab yang sangat tidak kita jangka di mana negara dilanda krisis kesihatan awam, pandemik Covid-19 yang telah membawa kepada pengisytiharan Darurat Kesihatan telah sedikit sebanyak menggangu perancangan asal pihak SPR.

Walaupun hakikatnya, perkara ini telah melalui satu proses yang panjang dalam meluluskan undi 18 di Parlimen, ia bukan sahaja melibatkan pimpinan politik tapi mengambil kira semua aspek melibatkan anak muda dan pemegang taruh yang berkaitan dan sudah pasti kelewatan ini akan mengecewakan banyak pihak.

Sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, kita perlu berani berhadapan dengan semua peringkat umur dalam mendapatkan legitimasi pemerintahan melalui proses demokrasi.

Advertisements

Laluan kepada pemimpin muda perlu dibuka seluasnya. Penyertaan anak muda seawal 18 tahun dalam proses demokrasi khususnya pilihan raya adalah satu medan terbaik untuk mereka menentukan masa depan negara.

Sokongan anak muda semakin menonjol terhadap pemerintahan Perikatan Nasional hasil daripada usaha dan keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani permasalahan dan cabaran mutakhir ini.

Sekiranya diberi peluang, saya yakin dan percaya mereka boleh memilih secara rasional. Inilah masanya untuk mereka menyuarakan dan memperjuangkan isu yang membelenggu kumpulan ini supaya isu mereka ini tidak dipandang enteng.

Inilah masanya juga untuk mereka terus membuka mata dan cakna mengenai isu-isu disekeliling mereka seterusnya mematangkan mereka.

Saya juga ingin melihat lebih ramai calon-calon muda dalam kalangan wanita diketengahkan untuk pilihanraya yang akan datang supaya hak dan isu-isu berkaitan kumpulan ini juga dapat di ketengahkan sekaligus mencapai 30 peratus penglibatan wanita sbg pembuat keputusan.

Semalam, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pendaftaran pemilih automatik dan undi 18 dijangka boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 setelah menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal suruhanjaya itu.

Beliau berkata, SPR bersikap realistik dengan perkembangan dan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan