29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kidzania Kuala Lumpur kini dibuka semula

Mesti Baca

CYBERJAYA – KidZania Kuala Lumpur, pusat hiburan sambil belajar tertutup untuk keluarga kini telah dibuka semula dengan keseronokan baharu.

Ini adalah bersempena dengan ketibaan pemiliknya yang baharu – Sim Leisure Group, sebuah kumpulan syarikat yang meraih pelbagai anugerah, memecahkan rekod dunia dan terkenal dengan jenama taman tema ESCAPE dan projek lain di serata dunia.

Dengan menjelangnya cuti sekolah tidak lama lagi dan para ibu bapa yang sedang mencari pelbagai aktiviti bagi mencetuskan imaginasi untuk mengisi masa lapang anak mereka, pembukaan semula ini memang dialu-alukan.

Dengan gabungan pembelajaran dan hiburan dalam sebuah replika bandar yang beroperasi dengan keluasan 80,000 kaki persegi, KidZania Kuala Lumpur kini kembali – lebih besar, lebih meriah dengan aktiviti-aktiviti baharu di mana kanak-kanak boleh mempelajari dan menimba pengalaman bekerja yang berbeza-beza, menguruskan kewangan dan mengendalikan pekerjaan sebenar, sambil membina kemahiran hidup yang penting dan tidak dapat dipelajari di dalam bilik darjah.

Semua peralatan di KidZania Kuala Lumpur disanitasi.

Para ibu bapa kini juga dapat memainkan peranan yang lebih aktif bersama anak mereka dalam pelbagai pengalaman lakon peranan baru yang ditawarkan oleh KidZania Kuala Lumpur. Ini menjadikan masa diluangkan sekeluarga adalah benar-benar berkualiti.

Untuk menarik minat pengunjung, KidZania Kuala Lumpur sedang menawarkan tiket dengan potongan harga melalui sistem penjualan tiket dalam talian baharu di laman sesawangnya (bermula daripada RM36 sehingga RM46 untuk kanak-kanak berumur dua sehingga tiga tahun; RM75 sehingga RM95 untuk kanak-kanak berumur empat sehingga 17 tahun; dan RM46 sehingga RM58 untuk orang dewasa berusia 18 sehingga 60).

Sementara itu, bayi berumur sehingga 12 bulan, warga emas berumur lebih 60 tahun dan pemegang kad OKU dibenarkan masuk secara percuma.

“Kami berasa amat teruja kerana dapat membuka semula pintu ke satu dunia yang penuh keseronokan, keterujaan dan pembelajaran kehidupan sebenar yang kreatif.

“Kami berada di sini untuk memberikan KESERONOKAN kepada semua pengunjung yang datang.

“Oleh itu, mesej kami adalah jelas – kami dibuka dengan rasminya untuk memberikan pengalaman yang lebih baik dan lebih selamat kepada semua,” kata Sim Choo Kheng, Gabenor KidZania Kuala Lumpur dan Ketua Pegawai Eksekutif Sim Leisure Group, pemilik dan pengendali baharu KidZania Kuala Lumpur.

“Kehidupan perintah kawalan pergerakan yang berlanjutan pasti telah meninggalkan kekosongan dari segi aktiviti rekreasi untuk keluarga.

“Dengan pelonggaran perintah kawalan pergerakan, banyak keluarga kini sedang mencari aktiviti-aktiviti santai.

“Pada masa yang sama juga kami akur adanya kebimbangan tentang keselamatan dan perlindungan dalam kalangan para pengunjung.

“Langkah-langkah keselamatan adalah keutamaan bagi kita, terutamanya kerana penglibatan kanak-kanak.

“Dengan ini, kami ingin memberi jaminan kepada para ibu bapa dan semua pengunjung bahawa kami telah melaksanakan segala langkah berjaga-jaga yang patut untuk memastikan persekitaran adalah selamat dan kondusif untuk para pengunjung, kakitangan dan semua di di KidZania Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa KidZania Kuala Lumpur telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ketat untuk semua kakitangan dan para pengunjung, untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua.

Antara SOP yang ditetapkan adalah proses persiapan dan sanitasi yang terperinci oleh kakitangan di semua kemudahan, pertubuhan dan kawasan di dalam bangunan KidZania Kuala Lumpur.

Protokol ketibaan yang ketat untuk para pengunjung dan penjarakan fizikal turut dikuatkuasakan, sementara itu jumlah maksimum orang yang dibenarkan berada di dalam kawasan tertentu pada satu masa telah dihadkan.

Pensanitasi tangan juga disediakan di serata tempat untuk kegunaan para pengunjung.

“Walaupun hasrat utama kami adalah untuk membawakan keseronokan kepada semua yang mengunjungi KidZania Kuala Lumpur, kami juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan mereka berada di dalam persekitaran yang selamat.

“Oleh kerana itu, kami telah melaburkan banyak masa, perbelanjaan dan tenaga untuk menyediakan satu senarai SOP yang terperinci dan efektif bagi kakitangan dan para pengunjung.

“Kami juga menggalakkan para pengunjung untuk membuat tempahan lanjutan bagi memudahkan proses kemasukan kerana bilangan pengunjung akan dihadkan di KidZania Kuala Lumpur.

“Malah, kami jangkakan bahawa proses beratur akan terhapus pada masa akan datang di KidZania Kuala Lumpur dengan adanya kemudahan pembelian tiket lanjutan dan kemasukan tanpa sentuhan dengan imbasan kod QR,” katanya.

Selaras dengan falsafah ‘Learn Life Today’ (Pelajari Kehidupan Hari Ini), KidZania Kuala Lumpur mengalakkan pengalaman interaktif dan peluang untuk kanak-kanak mendapatkan kemahiran baharu, sambil meraikan dan menyerlahkan potensi mereka dengan menggabungkan inspirasi, keseronokan dan pembelajaran melalui lakonan peranan yang realistik.

Ini dapat dilaksanakan melalui pembelajaran secara interaktif dan lakon peranan waktu sebenar dalam lebih daripada seratus jenis pekerjaan merangkumi enam puluh pertubuhan bandar.

Dengan adanya replika bandar bersaiz kanak-kanak yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan, ekonomi yang berfungsi, destinasi yang terkenal dan pertubuhan yang ditaja dan menampilkan jenama-jenama daripada syarikat multinasional dan tempatan, KidZania Kuala Lumpur dapat memberikan pendidikan dan mencetuskan inspirasi dengan menggandingkan pembelajaran kehidupan sebenar dengan hiburan.

Jadi, buatlah rancangan dengan mengumpulkan seisi keluarga dan tempah tiket anda untuk meluangkan masa lapang di KidZania Kuala Lumpur! Untuk membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut tentang KidZania Kuala Lumpur, lawati www.kidzania.com.my hari ini! – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan