24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

GRS terjemah amanah bela rakyat Sabah

Mesti Baca


CYEBERJAYA – Ketika berucap di Majlis Makan Malam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Kota Kinabalu malam tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan peringatan penting kepada pemimpin gabungan tersebut yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, September lalu.

Berikut intipati ucapan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN):

Advertisements
  • Amanah yang diberikan rakyat Sabah kepada GRS hendaklah diterjemahkan secara bersungguh-sungguh dalam bentuk bantuan, sokongan, pertolongan dan pembangunan dalam segala bidang bagi manfaat rakyat negeri ini.
  • Kerajaan PN mendengar sendiri keluh resah rakyat Sabah yang mahukan negeri ini berubah dengan pembangunan lebih baik terutama dari segi infrastruktur dan isu kemiskinan rakyat diatasi dengan sebaiknya.
  • Perjuangan GRS belum selesai selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lepas, sebaliknya baru bermula dengan membela nasib rakyat negeri itu.
  • COVID-19 meletakkan rakyat dalam situasi yang amat sukar untuk meneruskan kehidupan, justeru segala pertolongan kepada rakyat terjejas perlu disampaikan secara bersungguh dan dengan kadar segera.
  • COVID-19 turut memberi cabaran yang luar biasa kepada kerajaan terutama dalam memberi bantuan kepada rakyat sehingga memerlukan satu usaha luar biasa daripada kerajaan.
  • Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi sokongan 110 peratus kepada kerajaan negeri Sabah di bawah pentadbiran GRS terutama dalam membangunkan negeri dan mengatasi masalah kemiskinan.
  • Kerajaan Persekutan juga akan memberi keutamaan dan perhatian khusus ke atas setiap permasalahan dan keperluan rakyat Sabah.

Majlis Makan Malam GRS dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor juga Pengerusi GRS dan Pengerusi PN Sabah, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Bung Moktar Radin juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga Presiden STAR Sabah, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan