24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tun Ariffin Zakaria ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, seramai 19 Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain Arifin, Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai dan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin turut dipilih menganggotai jawatankuasa tersebut.

Empat ahli Parlimen kerajaan yang dipilih menganggotai jawatankuasa ini terdiri dari Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd. Dun dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Tiga ahli parlimen pembangkang pula adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Kenyaataan itu berkata, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berperanan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

“Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini,” kata kenyataan itu.

Berikut merupakan senarai penuh Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021:

(1) Tun Arifin Zakaria, bekas Ketua Hakim Negara – Pengerusi

(2) Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Setiausaha Negara

(3) Tan Sri Norian Mai, bekas Ketua Polis Negara

(4) Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Panglima Angkatan Tentera

(5) Prof. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif, bekas Ketua Pengarah Kesihatan

(6) Tan Sri Dr. Yahya Awang, pakar bedah jantung

Advertisements

(7) Tan Sri Ter Leong Yap, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia

(8) Tan Sri Dr. R. Palan, Pro-Canselor Universiti Cyberjaya

(9) Dato’ Setia Sallehuddin Saidin, bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara

(10) Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

(11) Prof. Datu Dr. Andrew Kiyu Dawi anak Usop, pakar kesihatan awam

(12) Tan Sri Sukarti Wakiman, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

(13) Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang

(14) YB Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar

(15) YB Datuk Azizah Mohd. Dun, Ahli Parlimen Beaufort

(16) YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahli Parlimen Pasir Puteh

(17) YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu

(18) YB Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban

(19) YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan