24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Permaisuri Johor kurnia 105 komputer riba untuk pelajar B40

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor, Raja Zarith Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan komputer riba kepada pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan atau B40.

Memetik laman Facebook The Royal Johor, sebanyak 105 unit komputer riba dikurniakan kepada para pelajar yang memerlukan dari 35 sekolah di sekitar daerah ini.

Mereka merupakan pelajar daripada keluarga B40 yang tersenarai dalam e-Kasih daerah Johor Bahru sebagai tanda keprihatinan Permaisuri Johor atas cabaran yang mereka hadapi dalam melalui sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Permaisuri Johor
Gambar: Facebook The Royal Johor

Pelajar program Sistem Teknologi Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web di Kolej Vokasional Perdagangan, Johor Bahru, Noraleya Nadirah Mohd Fadly berkata, kurniaan komputer riba itu amat memudahkan sesi pembelajaran yang dilaksanakan secara dalam talian.

“Mata pelajaran saya banyak berkisar kepada rekaan program dan aplikasi, jadi memang sukar untuk mengikuti pelajaran menerusi telefon bimbit sahaja.

Advertisements

“Saya menjunjung kasih kepada Baginda Tuanku Permaisuri kerana mengurniakan kepada para pelajar seperti saya. Saya akan gunakan sebaiknya,” katanya.

Sementara itu, Md Suhaimi Samad memberitahu, komputer riba kurniaan Permaisuri Johor itu amat bermanfaat untuk anak-anaknya.

“Syukur alhamdulillah, kami menjunjung kasih kepada Tuanku atas kurniaan untuk anak kami. Ia akan berguna bukan sahaja untuk di bangku sekolah, tetapi juga untuk kegunaan apabila ke universiti juga nanti insya-Allah,” jelasnya.

Penyerahan kurniaan komputer riba disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), Hishamuddin Abd Rahim.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan