31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Pas Selangor beri ‘isyarat awal’ kepada Mohamed Azmin?

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Apakah Pas mahu memberi ‘isyarat awal’ agar mereka tidak dipinggirkan dalam membuat keputusan selepas menyatakan kesediaan memberi komitmen penuh berikutan pembentukan Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Selangor?

Mungkin itulah andaian yang timbul apabila membaca kenyataan Pengerusi Perhubungan Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi hari ini.

Dalam kenyataan itu, Dr. Ahmad Yunus berharap, semua keputusan berkaitan lantikan parti di peringkat Negeri dan Parlimen dibincang serta diputuskan dalam mesyuarat dengan persetujuan bersama bagi mencerminkan permuafakatan yang padu.

“Setiap jawatan di peringkat negeri selain Pengerusi dan Naib-naib Pengerusi PN Negeri sewajarnya diputuskan dalam Mesyuarat Badan Perhubungan Perikatan Nasional Selangor.

“Kita kena mengambil kira kekuatan dan kemampuan serta pengaruh masing-masing parti di bawah PN Negeri bagi membentuk sebuah pasukan yang benar-benar berkemampuan dan mempunyai keupayaan mempengaruhi akar-umbi khasnya rakyat Selangor,” katanya.

Semalam Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu telah mengadakan perbincangan dengan Pas Selangor bagi mewujudkan badan perhubungan perikatan tersebut.

Baca juga:   Undang-undang larang tukar parti dikuat kuasa sebelum PRU-15

Mengulas lanjut, Dr. Ahmad Yunus bersedia memberikan penglibatan dan kerjasama penuh bagi menjayakan agenda PN di negeri ini dan mengekalkan kerajaan PN (di peringkat pusat) dengan semangat perpaduan ummah.

Sementara itu pemerhati politik melihat, kenyataan Dr.Ahmad Yunus itu sebagai ‘isyarat awal’ atau ‘nasihat’ kepada Mohamed Azmin dan Bersatu supaya apapun tindakan atau pelantikan yang mahu dilakukan mesti dibincangkan terlebih dahulu.

Baca juga:   PN bincang pembahagian kerusi tanpa BN - Muhyiddin

“Sebagai kelompok yang pernah bekerja dengan Mohamed Azmin ketika bersama dalam Pakatan Harapan dahulu mungkin mereka ada pengalaman tertentu.

”Tetapi ini hanyalah andaian, mungkin juga Pas mahu memberikan nasihat awal dalam usaha mahu memastikan tiada masalah dalam Badan Perhubungan PN Selangor nanti,” kata seorang pemerhati politik Selangor. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lima warga asing ditahan, tiada dokumen pengenalan diri

SERAMAI lima warga asing bersama sebuah bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau...

Lagi Artikel Berkaitan